Latest News

Saturday 27 December 2014

Harga Barang Naik - Patut Rakyat Marah Pada Mereka Ini


DALAM ilmu ekonomi bagi pasaran bebas, harga ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Kerajaan sudah menentukan jumlah barangan yang ditawarkan sesuai dengan jumlah pengguna atau permintaan. Melalui cara itu, maka harga barangan adalah harga yang boleh dijangkau oleh semua pengguna. Malangnya, harga untuk sesuatu barangan mendadak naik tidak sesuai dengan perkiraan kerajaan. Rupanya, PUNCA penyebab kenaikan harga barangan itu kerana penawarannya berkurang akibat penyeludupan ke negara-negara jiran.

Pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan besar menjadikan kerja penyeludup sebagai satu perniagaan. 

Rakyat yang marah kononnya harga barang terus naik oleh kerajaan sepatutnya marah pada para penyeludup ini. Tindakan mereka ini bukan sahaja menyebabkan harga naik, malah merugikan negara khususnya barangan bersubsidi seperti tepung, beras dan gas masak.

Pada Jumaat di Sandakan baru-baru ini, pihak maritim berjaya menangkap sebuah bot yang cuba menyeludup keluar gas bersubsidi selain petrol dan diesel. Semua barangan itu bernilai RM12,810.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook