Latest News

Monday, 1 December 2014

Harga Minyak Negara


MESKIPUN Malaysia tidak dikategorikan sebagai pengeluar minyak tafsiran OPEC, atas  sebab pengelurannnya hanya 700 ribu barel sehari; namun harga minyak di pam yang digunapakai pengguna merupakan salah satu yang terendah di dunia.

Tengah malam semalam, harga RON 95 turun 4 sen daripada RM2.30 ke RM2.26 se litar, manakalah RON97 yang diampungkan turun 9 sen ke RM 2.46 selitar.

Negara jiran Brunei yang mempunyai pengeluaran minyak jauh lebih daripada Malaysia menjual dengan harga RM1.60 seliter. Negara jiran itu mampu menjual demikian, atas sebab jumlah penduduknya hanya 300 ribu berbanding Malaysia lebih 27 juta.

Meskipun harga minyak turun, tiada tanda-tanda harga barangan keperluan harian, turut turun. Dengan keadaaan demikian, benarlah bahawa harga barangan bukan disebabkan oleh faktor kenaikan/penurunan harga minyak, akan tetapi ditentukan oleh rangkaian peniaga.

Peniaga akan bertindak positif apabila harga minyak naik, sebaliknya negatif jika harga minyak turun.

Rantaian perniagaan secara oligopli adalah kaedah mengontrol harga barangan di negara ini; walaupun sistem pasaran kita adalah pasaran terbuka, di mana harga seharusnya ditentukan oleh sistem penawaran dan permintaan.

Kini, terbukti; dakwaan setengah pihak, bahawa jika harga minyak naik, maka membebankan rakyat, atas sebab harga barang ikut naik; tetapi mereka diam, apabila peniaga tidak menurunkan harga barangan, atas sebab minyak turun.

Pembangkang hanya tahu berteori, beretorik, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa, apabila peniaga tidak bertindak positif terhadap harga yang menurun.

Kini mereka sibuk pula dengan subsidi minyak, malah MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, mencadangkan agar subsidi ditetapkan pada kadar 20 sen selitar, apabila harga minyak turun, tetapi tidak mencadangkan kalau harga naik melepasi harga sebelum ini RM2.30/liter.

Sumber minyak negara adalah diimport, ertinya; jika harga minyak mentah naik di pasaran dunia, Malaysia terpaksa membeli pada harga tersebut.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga RM2.30/seliter; tanpa mengira harga di pasaran dunia; namun apabila trend harga di pasaran dunia menurun, di minta pula kerajaan mengapungkan harga minyak.

Harga minyak turun, hanya menguntungkan pengguna kenderaan, akan tetapi tidak berimpak kepada harga barangan; yang sepatutnya berlaku.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook