Latest News

Tuesday 30 December 2014

ISU BELANJAWAN Dan Bajet Persekolahan Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Borneo Schools did not get promised RM1B Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

BEBERAPA kali Pengarah Pendidikan Sabah, YBhg. Datuk Jame Alip mengeluarkan kenyataan di akhbar tempatan bahawa sekolah-sekolah usang di Sabah sedang dalam proses pembaikpulihan atau diganti dengan bangunan baru.

Kerja-kerja itu memerlukan masa bukan seperti dakwaan pihak-pihak tertentu seperti Dr. Jeffrey Kitingan dengan mendakwa bahawa membaikpulih atau membina bangunan baru boleh disiapkan seperti 'mee segera'. Inilah yang dikatakan oleh beliau berkenaan peruntukan RM1 bilion kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak.

Pendidikan menjadi keutamaan negara dan atas sebab itu berbilion ringgit diperuntukan saban tahun melalui bajet negara.

Sebenarnya, peruntukan pendidikan di Sabah bukan hanya apa yang terkandung di dalam bajet melainkan berasaskan keperluan. Setiap perkara ada keperluan yakni kerajaan melalui Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan akan meluncurkan peruntukan tersebut. Oleh sebab itu, kerajaan sangat komited untuk melahirkan pelajar cemerlang dan terbilang.

Modal insan adalah turut menjadi keutamaan negara. Maknanya, tidak timbul pengekangan bajet untuk pendidikan di Sabah atau mana-mana kawasan di negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook