Latest News

Thursday 11 December 2014

Kenyataan ISU RCI


KERAJAAN  perlu diberi penghargaan atas penubuhan Siasatan Diraja Pendatang Asing Tanpa Izin (RCI-PATI SABAH).

Keputusan menubuhkan RCI PATI adalah tindakan kerajaan bagi menyahut kebimbangan seluruh rakyat Sabah berhubung kebanjiran PATI yang sukar dikawal.
Kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah PATI dan sebarang tindakan susulan adalah bertujuan untuk penyelesaian masalah itu secara tuntas.
Berikutan laporan RCI pada 3 Disember lalu, Kerajaan Sabah telah mengambil keputusan drastik untuk menangkap dan menghantar keluar seluruh PATI ke negara masing-masing.
sumber: Sabah Info
Di samping itu, kerajaan juga akan melihat daripada segi kemanusian, berkaitan PATI yang telah bermastautin di negeri ini sekian lama, apa kah menjadikan mereka penduduk tetap atau tindakan lain yang dipersetuji oleh rakyat negeri ini.
Kerajaan tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Kerajaan bertindak sesuai dengan aspirasi rakyat.
Masalah PATI, bukan sahaja menjadi kembimbangan rakyat yang beragama bukan islam, akan tetapi juga yang beragama islam. Bukan sahaja kaum KDM yang bimbang, malah Bajau, Iranun, suluk dan suku-suku lain juga turut bimbang.
Seorang pemimpin utama kerajaan, pernah berkata, jika jumlah PATI melebihi jumlah penduduk tempatan, besar kemungkinan akan berlaku, bahawa harta milik orang tempatan bakal di rampas. 
Penguatkuasa kerajaan, sepertimana tercermin melalui laporan RCI berdepan dengan tindakan penguatkuasaan di kawasan-kawasan koloni PATI, atas sebab PATI bertindak ganas dan sanggup membunuh atau mencederakan para pegawai penguatkuasa.

Bagi jangka masa panjang, Kerajaan melalui ESSCOM/ESSZONE akan menjadi benteng kepada perairan negara, agar penyusupan PATI tidak mudah berlaku.
Pada masa yang sama kerajaan juga komited untuk memakmurkan jiran. Memajukan BIMB-EAGA merupakan tindakan murni. Apabila jiran maju, apa yang pasti, rakyatnya tidak akan cuba mencari nasib di negara lain, kerana di negaranya sendiripun, peluang pekerjaan mudah diperolehi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook