Latest News

Saturday 13 December 2014

ISU RCI: Pembangkang Gagal Perangkap Pemimpin BN


PEMBANGKANG gagal memerangkap Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Tan Sri Pairin Kitingan hadir pada satu majlis pembangkang HOPES FOR SABAH atau CRIES OF SABAH  di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada malam jumaa yang lalu.

Pembangkang sanggup memfitnah dan memviralkan dua kerusi kosong di atas pentas kononnya untuk Rahman dan Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan.

Sebelum majlis itu, mereka nampak melalui kenyataan dua pemimpin  itu yang satu pro laporan RCI di mana yang satu lagi "against" laporan itu.

Pembangkang cuba mempolitikkan laporan RCI, namun mereka sudah terlambat kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman lebih ke depan dan bertindak pantas berhubung dengan perolehan RCI.

Kerajaan Sabah dengan kerjasama Kementerian  Dalam Negeri persekutuan bertindak drastik dengan memfokuskan untuk memburu dan menangkap pendatang Tanpa izin (PATI) yang berada di Sabah.

Kerajaan Negeri juga akan mewartakan seluruh pulau di Sabah adalah kawasan larangan untuk menutup langsung peluang PATI menjadikan pulau-pulau itu sebagai transit sebelum menyusup masuk ke tanah besar Sabah.

ESSCOME/ESSZONE diperkuat untuk dijadikan tembok bagi menghalang sebarang usaha menyusup ke Sabah.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Musa mengakui bahawa kehadiran PATI sudah menjadi ancaman kepada keselamatan negeri dan rakyatnya.

Namun, pembangkang sudah ketinggalan kereta api.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook