Latest News

Tuesday 9 December 2014

JAWAPAN BAGI INDEKS KEMAMPUAN BELI RUMAH RAKYAT SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Yeah! Kita nombor 1! Saya bangga! Terima Kasih BN! oleh FB Page North Borneo (screenshot)

MEMANG diakui bahawa harga rumah di Sabah lebih mahal berbanding dengan negeri-negeri lain. Selain itu, kemampuan membeli rumah di kalangan rakyat juga rendah. Para pembeli rumah hanya tertumpu pada mereka yang mempunyai pendapatan cukup seperti pegawai-pegawai tinggi swasta, profesional dan para pegawai kerajaan gred 41 ke atas. Selain itu, para pemilik kebun kelapa sawit atau getah juga sebagai salah satu contoh golongan yang dapat memiliki rumah dengan mudah.

Mengapa harga rumah di Sabah mahal? Tumpuhan pembinaan rumah di kawasan bandar dan pinggir bandar oleh pemaju salah satu penyebab kepada harga rumah tinggi. Tanah untuk tapak perumahan terhad menyebabkan harga tanah melambung.

Selain itu, harga bahan binaan yang jauh lebih mahal atas sebab jumlah import yang tidak begitu banyak dalam satu-satu masa menyebabkan harga seunit bahan-bahan itu tinggi.

Harga semen juga lebih tinggi berbanding harga di Semenanjung kerana wujud beberapa kilang semen di negeri ini sehingga pengilang akan bersifat monopoli dalam penentuan harga.

Syarikat pembinaan yang tidak ramai juga menjadikan harga rumah mahal atas sebab kurangnya persaingan. Adalah menjadi lumrah, jika permintaan melebihi penawaran bagi barangan berharga atau bernilai, maka harga barangan itu akan didorong ke atas.

Harga rumah tidak selalu berjalan sama dengan tingginya pendapatan gaji atas sebab jika gaji tinggi, harga rumah juga akan naik lebih cepat berbanding kenaikkan gaji. Sekali lagi kerana harga rumah terletak pada nilai permintaan dan penawaran itu sendiri.

Harga rumah juga banyak dipengaruhi oleh spekulator hartanah. Mereka membeli rumah dalam kuantiti banyak untuk tujuan spekulator atau pelaburan. Atas sebab itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, Dato Rahman Dahalan pernah mencadangkan dengan mewujudkan satu undang-undang untuk mencegah spekulator hartanah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook