Latest News

Thursday 4 December 2014

Kalimah Allah Bebas Digunakan Penganut Kristian Di Sabah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya tidak peduli apa yang berlaku di Semenanjung... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PUTAR BELIT pembangkang kononnya penggunaan kalimah Allah kepada penganut kristian di Sabah akan dilarang adalah dakwaan karut dan fitnah!

Pada tahun 2011, sempena Pilihanraya Negeri Sarawak telah diputuskan bahawa larangan penggunaan Allah hanya berlaku di Semenanjung bukannya di Sabah dan Sarawak.

Penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak bebas menggunakan kalimah Allah itu atas sebab dari dahulu lagi telahpun digunakan.

Hanya di  negeri Sabah dan Sarawak sahaja yang terdapatnya rumah ibadat berhampiran satu sama dengan yang lain. Sebagai contoh di Bukit Padang, Sabah. Ada rumah ibadah berlainan kepercayaan dibina berhampiran satu sama lain.

Pembangkang terutama penyokong mereka secara sukarela melawat kampung-kampung menabur fitnah dan memutar isu yang sebenarnya isu karut dan tidak betul.

Tujuan mereka adalah semata-mata bertujuan politik serta untuk mendapat sokongan.

Pada PRU-13 lalu, penganut kristian telahpun termakan hasutan kononnya kalau BN menang, maka Kitab Injil akan dibakar secara besar-besaran. Namun sehingga kini tiada sehelai Kitab Injil pun dibakar. Ini adalah fakta sebenar! 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook