Latest News

Friday 12 December 2014

Kekeliruan Pembentukan Persekutuan Malaysia


PEMBENTUKAN Persekutuan Malaysia adalah satu kesatuan yang kekal atau “Perkahwinan yang kekal”, ertinya tidak timbul perpisahan. Sebarang perpisahan adalah tidak dibenarkan dan ianya melanggar perlembagaan negara. Setiap rakyat perlu faham terutama rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kewujudan negara adalah untuk selama-lamanya.

Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak adalah satu dokumen pre-pembentukan Persekutuan Malaysia.  Ertinya dokumen-dokmen tersebut merupakan satu kehendak pengasas pembentukan Persekutuan dan selama-lamanya perlu dihormati. Melalui dokumen itu sendiri menunjukkan bahawa tindakan perpisahan tidak dibenarkan. Jika itu berlaku, ertinya hasrat pengasas kemerdekaan daripada Sabah dan Sarawak tidak dihormati.

Sebenarnya Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963 sebabnya Gabenor terakhir British Sir William Goode hanya meninggalkan Sabah pada waktu tengah malam 15 September 1963.

Memang benar Perjanjian Pembentukan Malaysia (Malaysia Agreement) ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 bersama-sama Kerajaan United Kingsdom, Persekutuan Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura. Semasa menandatangani perjanjian itu, Sabah diwakili oleh Tun Fuad Stephens, Tun Datu Mustapha Harun, WKH Jones, Datuk Khoo Siak Chiew, Colonial State Secretry Stephen Holley dan Datuk G.S. Sundang. Dalam perjanjian itu, Perjanjian Malaysia 1963 mengandungi 11 Perkara (artikel) dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.

Perkara 20 dan 18 hanya merupakan sebahagian daripada sekian banyak dokumen yang digunapakai dalam merumuskan 11 Perkara yang dijadikan sebagai Perlembagaan Malaysia 1963.

Jika sekiranya terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam perlembangaan itu adalah penyebab kepada kuasa negeri terhakis, maka penyebabnya adalah tindakan negeri itu sendiri. Sebagai contoh bagi Sabah, pada tahun 1973 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri berhubungan dengan agama dan menggantikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi kepada Bahasa Melayu. Penghakisan kuasa itu bukan disebabkan oleh rakan kongsi- Malaya akan tetapi oleh rakyat Sabah sendiri melalui para wakil rakyat negeri itu.

Apa yang dipersoalkan sekarang adalah berlakunya perubahan istilah pada tahun 1976 apabila mengkategorikan Sabah dan Sarawak setaraf dengan 11 negeri-negeri lain di Malaya dan menggunapakai bahawa Hari Kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957 yang disesuaikan dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Setakat ini, tiada sebarang dokumen yang menerangkan bahawa DUN Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan perubahan istilah itu. Keadaan inilah yang dipersoalkan oleh mereka yang anti kepada Persekutuan Malaysia. Mereka-mereka ini menuduh Malaya sebagai 'biang kerok' kepada perubahan itu atas sebab semasa perubahan itu dilakukan, negara masih dalam keadaan darurat kerana darurat yang diistiharkan akibat peristiwa 13 Mei 1969 belum ditarik balik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook