Latest News

Monday 1 December 2014

Kemasukan UMNO Ke Sabah Satu Mukjizat


UMNO membuka peluang kepada pemimpin negeri ini sebagai pemimpin antarabangsa, selain pemimpin di peringkat kebangsaan.

Selain itu, kemasukan Umno memungkinkan suatu hari pemimpin Sabah boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga kemasukan Umno, membolehkan pemimpin negeri ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemimpin utama negara; hasrat inilah yang tersirat dalam Pembentukan Persekutuan tahun 1963.

Pemimpin terdahulu yang membuat keputusan menyertai Persekutuan Malaysia; mempunyai hasrat tersirat, bahawa suatu hari pemimpin utama negara akan berasal daripada Sabah dan Sarawak. Atas sebab kemasukan Umno, pemimpin Sabah mendekati hasrat itu.

Umno bukan sahaja memberi peluang kepada pembangunan Sabah, juga memberi peluang kepada pemimpin Sabah mencatur hala tuju negara.

Sebagai parti tunjang, adalah lumrah memelihara reputasi; atas sebab itu; hanya 23 tahun bertapak di negeri ini, terlihat bagaimana cepatnya pembangunan negeri.

Apatah lagi, Umno mendapat pemimpin negeri seperti Datuk Seri Musa Haji Aman yang tahu dan mengerti menterjemahkan keinginan parti tunjang itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook