Latest News

Wednesday 3 December 2014

Kemasukan Umno Penstabil Politik Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Paradigma Terbuka Kepada Warga Borneo oleh (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4) (screenshot5) (screenshot6)

UMNO hanya masuk ke Sabah pada 5 September 1991 ekoran tikam belakang dari Parti Bersatu Sabah (PBS) di ambang pilihanraya Parlimen pada tahun 1990.

Sabah seperti juga Sarawak, sejak merdeka diperintah oleh parti tempatan.

Pemerintahan parti tempatan bukan menyebabkan Sabah maju, malah menjadi negeri miskin. Kayu balak yang merupakan sumber utama, habis ditebang untuk memperkayakan kepada pihak-pihak tertentu.

Melihat bahawa kerajaan yang memerintah telah telalu rakus, maka rakyat bangkit. Atas sebab itu, Sabah kerap bertukar pimpinan kerajaan.

Pertukaran kerajaan ini menyebabkan Sabah hampir menjadi muflis.

Tuah rakyat Sabah yang ikhlas terselamat apabila UMNO bertapak bermula tahun 1991. Sebagai parti yang mempunyai merit baik sebagai pemerintah, parti UMNO mampu menukar negeri pertanian kepada negeri industri. Maka, UMNO memberikan kepakaran mereka kepada pemimpin tempatan.

Benar juga kehadiran Umno berjaya menstabilkan politik Sabah malah kedudukan Sabah sebagai negeri miskin beransur pulih.

Kewangan negeri meningkat kepada lebih RM 3 bilion. Manakala bajet negeri selama dua tahun berturut-turut melepasi RM 4 bilion iaitu suatu rekod yang belum pernah dicapai. Malah rekod kewangan negeri mendapat rating AAA serta tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara lebih 10 tahun berturut-turut.

Bagi mereka yang suka menghasut agar Sabah kembali miskin, sudah tentu tidak senang dengan kehadiran UMNO. Mereka ini, tidak mampu lagi menarik sokongan kerana tiadapun yang menyebabkan rakyat menyokong mereka kecuali perkara-perkara remeh yang tidakpun mendatangkan apa-apa keuntungan kepada sesiapa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook