Latest News

Monday 1 December 2014

Kemelut SAFMA (Bhg. ke-2)


APAKAH punca, sehingga persatuan nelayan Kota Kinabalu yang diketuai Simon Hong dan mendapat nasihat daripada ADUN Likas Junz Wong, sanggup tidak turun ke laut?

Punca pertama- bulan-bulan ini (November-December) adalah bulan-bulan yang biasanya bukan musim ikan.

Mereka mencari peluang, atas bayaran pendaratan yang dijalankan oleh satu syarikat lantikan Safma -Sejahtera Bumimas Sdn Bhd.

Safma berhadapan dengan pengutan pendaratan, atas sebab itu melantik syarikat swasta.

Disebab syarikat yang baru dilantik itu bermotifkan keuntungan, maka caj pendaratan terpaksa dinaikkan, atas sebab mereka perlu juga membayar kepada Safma, sesuai dengan jumlah pendapatan syarikat itu, sebelum pungutan caj diswastakan dan juga membayar kos operasi syarikat.

KKBOA, memang dari dahulu diresapi pembangkang. Pemilik boat adalah orang-orang kaya; bukannya nelayan tulin. Mereka menjadikan nelayan sebagai bisnes mereka.

Kini, KKBOA sanggup menggunakan jetty persendirian di Sepanggar; sebab jetty itu adalah milik jaringan mereka.

Sejak penubuhan Safma, sebenarnya pemilik-pemilik boat, tidak mahu mendarat di kawasan Safma; namun atas tindakan beberapa pihak termasuk Jabatan laut, marine dan Jabatan Perikanan, akhirnya mereka akur pada tahun 1988.

Sebelum itu, mereka menjadikan kawasan berdepan dengan Hotel Hyatt sebagai tempat pendaratan.

Kini, peluang mereka mengelak mendarat di kawasan Safma, akan berjaya, jika Jabatan Laut, Marine atau Jabatan Perikanan serta TLDM  membenerkan mereka mendarat di Jetty Persendirian di Sepanggar. 

Pemilik boat, bukanlah nelayan, mereka boleh bertahan selama mungkin untuk tidak turun ke laut, kerana khidupan mereka bukan bergantung pada hasil laut; malah ada yang menggunakan operasi penangkapan ikan sebagai cara lari daripada cukai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook