Latest News

Tuesday, 23 December 2014

KEMISKINAN DAN PELUANG PEKERJAAN DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Apa yg ada di Sabah peluang pekerjaan... Oleh FB Page Datuk Seri Chazy Chaz
 (screenshot)

SABAH memang negeri miskin walaupun mempunyai sumber alam yang banyak. Punca kemiskinan kerana kurangnya keserataan pembangunan serta kurangnya penglibatan rakyat. 

Keluasan Sabah adalah hampir 3/4 Semenanjung dengan penduduk seramai 3 juta berbanding di Semenanjung sebanyak 22 juta penduduk.

Singapura pula sebesar kawasan daerah Kota Belud dengan penduduk 3 juta. Singapura sejak sebelum merdeka merupakan tumpuan para pedagang seluruh dunia kerana lokasinya. Selain itu, mempunyai pelabuhan perkapalan yang canggih dan terletak pula di laluan yang paling sibuk di dunia iaitu di Selat Melaka.

Membandingkan Sabah dengan Singapura oleh Ag Sami dengan melalui muat naik di facebook sama dengan membandingkan antara semut dan gajah. Tiada pokok pangkalnya!

Sabah kini semakin pesat membangun. Pada minggu lalu, Ketua Menteri Sabah telah merasmikan Pemeliharaan udang terbesar di Malaysia yang boleh mencipta  lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Generasi muda Sabah terutama yang mempunyai latar pendidikan kena berfikir untuk mencipta peluang. Sebagai contoh, penternakan udang di Pitas adalah peluang yang diwujudkan oleh pihak swasta di mana penerajunya adalah orang biasa yang tidak sudi menjadi kuli kepada orang lain, melainkan mencipta peluang pekerjaan kepada orang ramai.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook