TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Tahukah anda bahawa umno sekarang… Oleh FB page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
Kes pertama: Shafie mengatur 20 MP untuk bertemu Najib bagi menukarkan Musa Aman kerana Musa terlalu banyak rasuah dan makan duit rakyat tapi salah seorangnya telah bocorkan kepada Najib sehingga Najib tidak mahu berjumpa dengan mereka. Kini, mereka telah terperangkap dengan permainan ini yang diketuai oleh Shafie Apdal (Shafie Apdal Official).
Jawapan
Memang berlaku perjumpaan dengan Perdana Menteri oleh para pemimin UMNO atau BN, sama ada semasa melawat Sabah atau sebaliknya. Perjumpaan PM dengan para pemimpin Sabah bukan hanya terhad kepada para MP. Akan tetapi semua pemimpin termasuk pemimpin parti komponen dan juga ketua-ketua bahagian UMNO pada bila-bila masa yang sesuai dengan keperluan.
Datuk Shafie adalah Naib Presiden UMNO sudah tentu mempunyai tanggungjawab sebagai pemimpin utama UMNO dan BN. Dalam UMNO, sudah menjadi kesepakatan bahawa di peringkat negeri pemimpin yang bertanggungjawab adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bersama timbalannya. Manakala di peringkat Pusat pula adalah para MT UMNO termasuk Naib Presiden.
Tahun ini memang berlaku perjumpaan khusus atau khas Ketua-Ketua Bahagian UMNO dengan Perdana Menteri. Tetapi perjumpaan itu adalah di antara Ketua-Ketua Bahagian Penyokong Najib yang melibatkan seluruh Bahagian UMNO Sabah.
Kes kedua: Shafie sedar bahawa dia tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri kini bermimpi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah telah berusaha untuk mengatur strategi untuk menumbangkan Musa. Antara strateginya ialah dia telah memainkan isu wang haram RM40 juta agar siasatan dibuka semula. Apabila Musa menyedari hal ini, kini Musa berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pemimpin-pemimpin PBS, UPKO, PBRS, LDP, GERAKAN dan MCA agar dia dapat terus kekal jadi Ketua Menteri.
Jawapan
Dakwaan ini adalah dakwaan palsu oleh kerana wang RM40 juta telah pun dibersihkan oleh SPRM kerana wang itu adalah wang parti dan bukan wang persendirian.
Kes ketiga: Tun Mahathir kini menyerang Najib tanpa henti kerana Tun ingin meletakkan anaknya Mukhriz pada posisi yang tinggi dalam UMNO. Bagaimana caranya? Catur permainan untuk menyingkirkan Najib sedang dimainkan iaitu dengan memainkan isu BR1M sebagai salah satu cara yang jahat kerana bagi Tun Mahathir kononnya itu adalah rasuah. Dengan mencalarkan imej dan kredibiliti Najib, orang-orang UMNO akan mula memberontak untuk menggulingkan Najib kerana mendapat sokongan Mahathir. Apabila hal ini berlaku, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan menjadi Perdana Menteri dan Mukhriz anaknya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Jawapan
Nampak gayanya, orang yang mendakwa ini lebih sifatnya berbanding ahli UMNO dan BN. Hanya satu dakwaan dan persepsi berasaskan analisis surat khabar atau media-media lain.
0 comments:
Post a Comment