Latest News

Monday 8 December 2014

KERAJAAN PERSEKUTUAN ADALAH KERAJAAN RAKYAT!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hasut-menghasut adalah hasil kerja Persekutuan oleh Blog SSKM - SSU(UK) (screenshot1) (screenshot2)

MANA ada bapa menghasut anaknya untuk bergaduh. Kerja menghasut adalah kerja atau tindakan orang yang tidak senang melihat kejayaan sesebuah keluarga.

Penghasut yang bernaung dalam NGO siber SSKM adalah orang-orang yang penuh hasad dengki, cemburu melihat kejayaan dan kesenangan orang lain.

Ibarat sebuah rumah tangga yang aman damai yang  cuba dirosakkan oleh jiran yang cemburu.

NGO SSKM adalah agen pihak-pihak tertentu di luar negara dan bergiat menimbulkan syaksangka terhadap rakyat yang rukun damai. Mereka dibayar untuk melakukan itu semua. Jika sesebuah negeri/negara bergolak, maka mereka akan masuk menjajah. Kita ambil contoh negara Iraq yang kini negara itu dikuasai oleh negara asing dengan melantik kerajaan boneka mereka. Mahukah kita begitu kelak?

Rakyat Sabah yang bahagia, aman damai selepas menikmati lebih 50 tahun merdeka sedang cuba dihasut oleh pihak-pihak tertentu dengan menjanjikan bulan bintang serta mengungkit sesuatu yang telah menjadi tahi! Sebaliknya, ianya bukan merupakan sesuatu yang boleh mendorong kemajuan sesebuah negeri/negara merdeka.

Mereka-mereka ini cuba menyalahkan ibu mengandung dengan mempersoalkan mengapa ibu itu mengandung? Mereka berhujah dengan langsung tidak menggunakan akal fikiran. Akan tetapi, hujahan mereka adalah berasaskan pengetahuan mereka yang cetek seolah-olah di dalam tempurung.

Fikiran mereka terjajah atas sebab mereka terlalu lama duduk di negara penjajah. Akal dan fikiran mereka sudah semacam seperti otak penjajah!

Fikiran mereka yang menghasut ini adalah tidak sedikitpun cinta pada negara melainkan hanya mahu berpecah-belah menjahanamkan negara.

Mereka cuba menidakkan pilihan rakyat, kerajaan yang dipilih rakyat dan para pemimpin yang dipilih rakyat. Kerajaan Persekutuan adalah Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat untuk Rakyat. Sebaliknya, mereka sangat tidak suka akan perkara itu - TITIK.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook