Latest News

Tuesday 30 December 2014

KES curi tanah adat penduduk 5 kampung di Sepulut seluas 6000 ekar

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salam 1Perjuangan, penduduk 5 Kampung di Sepulut, kehilangan... Oleh FB Jain Sauting (screenshot)

SESUATU kawasan dikategorikan sebagai tanah adat jika penduduk tinggal di kawasan itu bertahun lamanya atau mempunyai perkuburan nenek moyang mereka mahupun perkara-perkara yang membantu berkaitan label tanah adat. Sebagai contoh tanaman yang telah ditanam sekurang-kurangnya 50 tahun ke atas. Namun apa yang berlaku, penduduk menceroboh TANAH kerajaan negeri kononnya untuk bercucuk tanam akan tetapi mempunyai niat memohon tanah itu untuk kepentingan kewangan.

Seperti kes tanah di 5 kampung di Sepulut kononnya kerajaan khususnya BN/UMNO mencuri tanah adat mereka. Sebenarnya, tiada keterlibatan pun dengan kerajaan yang kononnya UMNO mencuri tanah adat tersebut. Masalah sebenar berlaku di sana apabila dilaporkan tanah tersebut adalah tanah rizab milik kerajaan yang sudah sekian lama di mana setelah tanah tersebut apabila kini sedia untuk dibangunkan maka kawasannya diukur semula untuk mengetahui luas sebenar tanah tersebut bagi rujukan pemaju/pembeli. Malangnya, sebahagian kawasan tanah di kampung itu telah digunakan oleh penduduk di sana untuk bercucuk tanam dan turut membina rumah di sana bagi tempoh yang sudah lama dan menganggap milikan tanah adalah milik mereka. Apabila diarahkan untuk berpindah dan merobohkan rumah, maka terjadilah protes oleh penduduk setempat dengan mengaku bahawa tanah tersebut adalah milik mereka walapun tiada bukti hitam putih (sijil pemilikan tanah). Di tambah pula oleh sesetengah pihak pembangkang yang sengaja memutarbelitkan kes tersebut.
 
Di samping itu, wujud juga penjualan tanah yang bertukar tangan secara tidak jelas. Kini, kerajaan mengambil pendekatan memperkenalkan TANAH KOMUNAL agar supaya tanah yang diberikan kepada penduduk tidak mudah bertukar tangan atau dijual.

Kerajaan telah meluluskan geran tanah kepada penduduk Sabah melebihi 1.4 juta hektar. Kerajaan mempunyai maklumat 90 peratus tanah-tanah itu telah bertukar tangan atau dijual. Bagi mengelak tanah dijual, maka caranya adalah melalui Tanah Komunal sebagai rujukan utama.

Kerajaan mempunyai undang-undang berkaitan tanah atau tanah adat. Jika terdapat secara perseorangan menceroboh tanah kerajaan, sebenarnya, orang tersebut mempunyai niat tertentu bagi mendapatkan tanah itu untuk kepentingan kewangan. Inilah fakta sebenar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook