Latest News

Monday 22 December 2014

KOMUNIS LAWAN PENCEROBOH TANDUO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perbezaan layanan... Sila komen... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the federation of Malaysia (screenshot)

KEKEJAMAN komunis adalah sangat sadis jika dibandingkan penceroboh Tanduo. Komunis tidak mengenal sesiapa semasa kegiatan Parti Komunis Malaya yang bergerak sejak tahun 1948.

Mereka bergerak di seluruh negara mengancam seluruh rakyat sehingga tahun 1989. Bukan sedikit perajurit terkorban mahupun rakyat dibunuh, bahkan majoriti rakyat terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk menyelamatkan diri. Begitu juga dengan bukan sedikit rakyat terpaksa meninggalkan ladang-ladang mereka, malah seluruh lapisan rakyat menjadi trauma dan senantiasa ketakutan selama beberapa puluhan tahun lamanya semasa zaman komunis.

Pengganas komunis yang mati semasa operasi ketenteraan semuanya dikubur di negara ini tanpa mengetahu lokasi yang sebenarnya. Hanya Setiausaha Agung PKM Chin Peng yang mati di Thailand tidak dibenarkan dikubur di negara ini mahupun juga termasuk membawa abu mayatnya.

Sebabnya, kekejaman Chin Peng tidak terpikul oleh waris-waris atau keluarga yang kehilangan sanak-saudara mereka kerana tindakan kejam pemimpin komunis tersebut.


Tidak benar dakwaan bahawa pengganas komunis yang menjadi anggota PKM tidak dibenarkan dikubur di negara ini. Sila buat carian internet melalui google dan sebagainya atau periksa Jabatan Arkib untuk mendapat maklumat yang benar dan lebih lengkap. Ini kerana sekiranya ditulis 1001 patah perkataan semalaman pun tidak akan selesai. Pelbagai sumber laporan media PERNAH sebelum ini menyiarkan bahawa semua anggota komunis yang mati dikuburkan di dalam negara ini.

Penceroboh Kampung Tanduo terpaksa dikubur di beberapa lokasi di Sabah kerana Kerajaan Filipina atau waris penceroboh tidak mahu menuntut mayat-mayat yang terlibat. Hal ini kerana hanya mereka sahaja yang tahu sebab musababnya.

Sebenarnya Kerajaan Malaysia hanya bertindak sebagai asasi menghormati mayat atau jenazah selaku makhluk tuhan yakni kita sesama manusia. Ini kerana ia merupakan kewajiban bagi setiap manusia termasuklah yang membuat dakwaan ini menguburkan jenazah yang telah mati. Kecualilah yang mendakwa ini bukanlah tergolong sebagai manusia tetapi mahkluk yang menyerupai manusia.

Kerajaan Malaysia sebenarnya hanya mengambil peranan mudah bagi menguburkan kesemua mayat-mayat penceroboh di lokasi-lokasi yang dirahsiakan. Namun, gambar kubur yang disertakan mungkin juga kubur-kubur penceroboh Suluk (Tausug) ataupun mungkin juga bukan. Hanya si pemuat naik sahajalah yang tahu kebenaran gambar tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook