Latest News

Monday 15 December 2014

KUTIP CUKAI RM4.6 BILION, PERUNTUKAN RM11 BILION

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SSKM ! Oleh FB Page Negara Sabah (North Borneo Sabah) (screenshot)

ADALAH tuduhan karut semata-mata bahawa kerajaan persekutuan memungut hasil yang lebih banyak daripada Sabah kemudian memberi peruntukan yang berjumlah kecil.

Tahun 2013, agensi-agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah mengutip cukai berjumlah RM4.6 bilion. Sebaliknya, menyalurkan peruntukan kewangan pada masa yang sama adalah sebanyak RM11 bilion.

Sementara royalti minyak tahun 2013 sebanyak RM1 bilion iaitu jumlah yang sama yang diperolehi oleh persekutuan.

Sebarang pungutan cukai oleh kerajaan Sabah adalah hak Sabah. Tidak benar bahawa persekutuan membolot kekayaan Sabah! Malah persekutuan menanggung kos keselamatan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya yang semuanya berjumlah berbilion ringgit setiap tahun.

Bajet Sabah saban tahun hanya berlegar-legar antara RM3 hingga RM4 bilion. Bajet berasaskan perolehan/pendapatan Sabah daripada semua sektor perekonomian termasuk percukaian, royalti dan cukai-cukai tanah.

Dakwaan bahawa Sabah mampu membangun sendiri tanpa bantuan persekutuan adalah dakwaan yang tidak berpijak kepada bumi yang nyata.

Menjaga dan mengawal di seluruh persisiran pantai Sabah sahaja boleh memufliskan kerajaan negeri kecualilah semua rakyat Sabah yang berjumlah 2.3 juta orang termasuk kanak-kanak kecil menyumbang RM100 sebulan untuk operasi keselamatan. Maka, ada yang sudikah? Mungkin pembawa isu ini (Alvin Tan) pun tidak sudi menyumbang RM10. Alahai...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook