Latest News

Saturday 13 December 2014

Lagi Isu RCI: DAP TIDAK AKAN MEMBELA BUMIPUTERA!


PARTI DAP hanya berselindung pada pendaftarannya sebagai sebuah parti berbilang kaum. Tapi hakikat dan nyata parti itu adalah racist perkauman!

Pemimpin DAP hampir 90 peratus adalah kaum Cina dan selebihnya adalah India. Manakala melayu atau bumiputera Sabah hanya sebagai 'melukut'.

Apa perjuangan DAP? Mudah. Hanya menjahanamkan negara. Peristiwa 13 Mei adalah angkara DAP dan kebetulan pemimpin masa itu adalah Lim Kit Siang iaitu pemimpin DAP sehingga mati.

Pada hari Jumaat yang lalu berlangsung di Kota Kinabalu, Lim Kit Siang dengan retorik politik kononnya CARES (PEDULI) pada rakyat Sabah ekoran daripada laporan RCI.

Dengan gaya retoriknya, Sabahan cries atas sebab 5,000 ribu lembaran atau helaian laporan RCI tidak disertakan pada laporan tersebut yang diumumkan pada 3 Disember lalu.

Kit Siang tidak memerlukan laporan, sebaliknya hanya coretan.  Nampak sangat memperbodohkan rakyat. Malangnya, yang hadir termasuk Dr Jeffrey dan Simon Sipaun yang sanggup juga menjadi bodoh dan dungu mendengar retorik Kit Siang.

Jeffrey dan Simon hilang aura kerana sanggup diperkudakan Kit Siang.  Mengapa mereka berdua ini langsung tidak melihat asas perjuangan pemimpin DAP itu sendiri? Pulau Pinang yang diperintah DAP menyebabkan Melayu menangis sampai air mata pun tidak boleh keluar lagi. Mungkin Jeffrey dan Simon mahu keadaan di Pulau Pinang juga menjarah Sabah? Agen DAP seperti Edwin Bosi sudah terperangkap! Maju tak mampu, mundur pun tak mampu. Bosi bukan sahaja menjadi kuda, malah keldai!

Mengapa Kit Siang tiba-tiba mahu jadi juara kepada penduduk Sabah? Mengapa secara tiba-tiba menyuarakan kebimbangan berkaitan pendatang asing di Sabah? Mengapa bukan 40 tahun lalu? Sedangkan sebahagian besar rakyat dan pemimpin Sabah sudah berdekad lamanya bercakap mengenainya.

Kit Siang telah beberapa dekad menjadi ketua pembangkang DAP di Parlimen. Adakah didapati dalam 'hansard' parlimen bahawa Kit Siang pernah bercakap berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah? ...Cakap Hindustan dulu, Nahi, nahi, Wala, wala, Nol, Nol!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook