Latest News

Saturday 13 December 2014

LAPORAN RCI - Kecurigaan LAJIM UKIN Pula!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RCI ada bukti sindiket haram beri kad pengenalan oleh Web Roket Kini (screenshot)
(ii) RCI Sabah: Ada aktiviti rahsia dalam JPN, tujuan politik oleh Web Roket Kini (screenshot)

MEMANG Laporan RCI mengakui ada dalang atau sindiket yang berpaksi kewangan telah menjual Kad Pengenalan Biru Sabah kepada orang-orang yang sepatutnya tidak berhak mendapatkannya.

Laporan RCI juga menyatakan bahawa ada orang-orang yang mendapat Kad Pengenalan melalui sindiket tersebut telah juga mendaftar sebagai pengundi dan telah mengundi pada beberapa pilihanraya yang lalu.

Apabila kerajaan menyedari adanya sindiket seperti itu, maka telah diadakan penangkapan besar-besaran pada tahun 1995 yang meliputi 94 individu termasuk pegawai-pegawai Pejabat Pendaftaran, Jabatan Imigresen, pemimpin politik serta para individu yang dikaitkan dengan pengeluaran kad pengenalan biru secara haram. Selain itu, seramai lebih 3,000 individu lain ditangkap untuk disoal siasat tetapi bukan melalui akta ISA.

Kerajaan pada masa itu, menelusuri kad-kad pengenalan tersebut dan berjaya mengesan 78,000 ribu kad pengenalan yang mencurigakan. Kad pengenalan itu telah dikeluarkan daripada daftar pengundi. Manakala kad Pengenalan yang tidak didaftar dan tidak terdapat pada rekod JPN, semuanya digunting.

Saban hari sejak tahun 1991 hingga kini, setiap individu yang didapati mempunyai kad pengenalan palsu berdepan dengan penjara dan dokumen-dokumen palsu itu dimusnahkan dengan cara menggunting.

Sepanjang tempoh 40 tahun bermula tahun 1970 sehingga tahun 2010, hanya 68,190 ribu pemohon daripada warga asing diberikan kad pengenalan biru.

Daftar pengundi Sabah sebenarnya bebas daripada pengundi-pengundi hantu. Dengan itu, pada PRU-13 yang lalu, tidak terdapat sebarang bantahan daripada mana-mana pihak bahawa terdapatnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.

Tahun 2010 bancian penduduk Sabah, terdapatnya 3,120,040 juta penduduk Sabah, di mana daripadanya seramai 867,190 ribu adalah warga asing (berdokumen Sah dan PATI). Daripada 2,252,850 juta orang penduduk Sabah, seramai 959,000 ribu telah berdaftar sebagai pengundi atau 42.6 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan. Mereka adalah kategori lapisan masyarakat yang boleh mendaftar mengundi apabila telah mencapai umur 21 tahun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook