Latest News

Tuesday 16 December 2014

LAPORAN RCI: Lim Kit Siang Cuba Bandingkan Buah Epal Dengan Rambutan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lebih 5,000 muka surat Laporan RCI Sabah ‘hilang’... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot1) (screenshot2)

ALAHAI LIM KIT SIANG sudah terang lagi bersuluh! Laporan RCI dengan terang menyatakan bahawa daripada 5,000 lembaran yang berjaya dicatat oleh panel itu ianya diringkaskan kepada 368 muka surat.

Tujuan peringkasan itu untuk memudahkan perincian perolehan seperti dalam Term of Reference (TOR) yang diberikan. Masih tidak faham atau buat-buat tidak faham?

Dengan itu, membandingkan RCI PATI dengan RCI Video Linggam, samalah dengan membandingkan antara buah epal dan rambutan.

Kit Siang sebenarnya tahu dan mengerti laporan RCI PATI itu. Namun, demi kepentingan politik beliau mewar-warkan sesuatu yang bukan intipati pada laporan itu agar rakyat terkeliru.

Bagi pemimpin seperti Kit Siang sejak berdekad lamanya sebagai pemimpin DAP, beliau tidak pernah menerima sebarang laporan atau kenyataan kerajaan sebagai betul dan benar  melainkan semua salah dan salah! Malah,   beliau sanggup membuat fitnah dan pembohongan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook