Latest News

Monday 22 December 2014

Laporan RCI - Lim Kit Siang Tumpang Nasib


SALAH satu kepakaran Lim Kit Siang adalah ikut tumpang atas usaha orang lain. Tumpang sekakilah katakan! RCI merupakan permintaan rakyat Sabah untuk mengetahui punca kebanjiran PATI. Selain itu, bertujuan mengenal pasti sesiapa yang menjadi dalang dalam sindiket pengeluaran kad pengenalan dan dokumen-dokumen palsu yang kerap dikesan yang dimiliki oleh PATI.

Kerajaan sejak tahun 90-an kerap berdepan dengan dokumen-dokumen palsu termasuk kad pengenalan. Oleh sebab itu, operasi penangkapan dijalankan melalui AKTA ISA pada tahun 1995. 

Seramai 94 individu termasuk daripada Jabatan Pendaftaran, Imigresen serta beberapa ahli-ahli politik ditangkap kerana ada kaitan satu sindiket pemalsuan dokumen-dokumen termasuk kad pengenalan. 

Juga sindiket itu berjaya menyusup ke dalam Jabatan Pendaftaran Negara kerana berjaya merekrut kakitangan yang mempunyai jawatan bagi sindiket pengeluaran kad pengenalan dan sijil lahir semata-mata untuk kepentingan kewangan.

Kini, selepas Laporan RCI didedahkan dan telah mengenalpasti apa yang telah berlaku, namun pihak-pihak tertentu mempolitiknya dengan memberi dakwaan bahawa laporan gagal "pin point" penglibatan kerajaan seperti mana yang diwar-warkan mereka sebelum ini.

Sebelum adanya RCI yang telah disusun dan dirancang rapi bahawa satu persepsi perlu dilekatkan kepada fikiran rakyat bahawa pengeluaran kad pengenalan merupakan satu projek yang didalangi oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad. Dakwaan itu, sudah tentunya diarahkan kepada UMNO atas sebab Dr Mahathir adalah Presiden UMNO.

Pembangkang atau pihak-pihak tertentu yang mencurigai data penduduk Sabah antara tahun 1990-2000 adalah perlu diingat bahawa pada PRU-1994 yang lalu, BN yang ditunjangi oleh UMNO tidak menang pada pilihanraya yang diadakan masa itu. Sebaliknya, PBS yang menang! Ironinya, dakwaan bahawa berlakunya pertambahan penduduk dilakukan sendiri oleh para pemimpin PBS pada masa itu adalah benar wujud iaitu seperti Dr Chong Eng Leong.

Kini, selepas laporan RCI dikeluarkan beberapa pemimpin KDM yang masih tidak puas. Dengan peluang seperti ini, maka Pemimpin Veteran (DAP) LIM Kit Siang "chip-in" untuk memanaskan suasana demi kepentingan politik parti DAP. Kit Siang menampilkan dirinya sebagai pembela KDM, yakni lebih hebat berbanding pemimpin KDM seperti Tan Sri Pairin Kitingan. Kit Siang menganggap dirinya lebih ke depan membela rakyat Sabah berbanding tindakan Kerajaan Negeri yang diketuai Datuk Seri Panglima Musa Aman. Sedangkan, Musa awal-awal lagi telah mengumumkan tindakan drastik yang perlu diambil terhadap isu ini.

Kit Siang hanya tahu mengambil peluang dan tumpang nasib pada tindakan orang lain.
Tumpang sekakilah katakan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook