Latest News

Sunday 14 December 2014

Laporan RCI: Mengapa Ada Pihak Tertentu Kecewa?


MENGAPA ada pihak yang kecewa selepas keluarnya Laporan RCI?

Mereka kecewa kerana laporan tersebut tidak membuat penghakiman siapa salah , siapa patut dihukum ,apa hukuman yang paling keras yang patut dikenakan kepada mereka yang dianggap bersalah serta apa tindakan yang wajib diambil terhadap warga PATI yang kononnya menerima kerakyatan secara tidak sah.

Sebenarnya pihak-pihak yang kecewa itu gagal memahami bahwa RCI bukan mahkamah tetapi sebuah Suruhanjaya yang dibentuk dengan tugas untuk "Fact Finding" atau menyelidik serta mengumpul maklumat tentang isu PATI di Sabah yang didakwa mendapat kewarganegaraan secara tidak sah.

Terserah kepada Jawatankuasa Tetap mengenai PATI di Sabah serta Jawatankuasa Kerja yang akan diwujudkan kemudian untuk menilai laporan tersebut dan mencadangkan tindakan lanjut hasil dari dapatan laporan yang dikeluarkan.

Yang paling kecewa adalah mereka-mereka yang cuba mengkaitkan parti-parti politik tertentu sebagai dalang disebalik pengeluaran IC kepada PATI secara tidak sah. 

Laporan RCI itu secara jelas tidak menunjukkan sebarang kaitan langsung antara parti politik dengan pengeluaran dokumen kewarganegaraan secara tidak sah kepada PATI di Sabah.

Pihak-pihak tertentu itu, gagal memahai undang-undang antarabangsa berkaitan pelarian atau PATI.

Hujahan mereka hanya bermatalamat politik, sehingga terlalu sukar membuat keputusan berasaskan undang-undang.

PATI dijadikan bahan politik untuk saling menuding jari, sehingga terlepas langsung mencari penyelesaian berkaitan PATI yang didepani Sabah sejak berdekad lalu.

Walaupun bagaimanapun Kerajaan Sabah bertindak pantas dan drastik dengan penumpuan kepada pengusiran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook