Latest News

Friday 12 December 2014

MALAYSIA ADALAH NEGARA BERDAULAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UN puts Malaysia on 'CAREFUL WATCH' after Najib's Sedition repeal U-turn oleh Blog SSKM - SSU(UK) (screenshot)

DAKWAAN bahawa kononnya Bangsa-Bangsa Bersatu( PBB) meneropong Malaysia kerana memansuhkan Akta Hasutan 1948 tidak menjadi kenyataan.

Sebelum Dato Seri Najib Razak Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, Akta Hasutan 1948 telah wujud sejak tahun 1948 lagi. Malah, selepas kemerdekaan, akta itu masih dikekalkan lebih 50 tahun. Tiada Perdana Menteri yang mengusiknya. Namun, PBB juga tidak mempersoalkannya.

Hanya pada Julai 2012, apabila Najib membuat satu kenyataan bahawa suatu masa Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan bakal digantikan dengan Akta baru yang dipanggil Akta Keharmonian.

Namun pada Persidangan Umno pada November lalu, Najib menarik kenyataan beliau itu kerana majoriti rakyat negara ini mahu mempertahankan akta itu.

Najib sebagai wakil rakyat dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat kena akur dengan desakan dan keinginan rakyat berasaskan demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam pemerintahan negara.

Desakan penghapusan atau pemansuhan Akta itu sebenarnya desakan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda menghancurkan negara. Mereka-mereka itu telah berjaya mendesak Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun akta itu sendiri diadopsi oleh Amerika Serikat selepas tragedi 11 September 2001 (11/11) yang meruntuhkan bangunan berkembar, New York.

Akta Hasutan 1948 yang diperkukuh dengan memasukkan perihal agama dan hasutan pemisahan pihak-pihak tertentu daripada Sabah dan Sarawak, semata-mata untuk mengekalkan keharmonian negara majmuk ini.

Tidak mudah mengurus sebuah negara majmuk seperti Malaysia dan kordinator PBB di Malaysia yang memberi pandangan berkaitan akta itu sebenarnya tidak memahami keadaan negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook