Latest News

Wednesday 24 December 2014

MALAYSIA SELAMANYA NEGARA BERDAULAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Malaysia boleh terburai Oleh Web Jangan Buyuk Sabah ... Bah (screenshot1) (screenhot2)

MASALAH lalu bukannya penentu masa depan. Masa lalu hanya merupakan panduan.

Malaysia merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat.

Malaysia tidak akan terburai hanya kerana rungutan segelintir yang sedang bermimpi, selain sedang bingung dengan angka tahun 63 dan 57. Juga sedang bingung dengan perkataan Malaya dan Malaysia. 

Akibat kebingungan dan fikiran yang bercelaru, maka mengada-adakan pelbagai aneka ragam persoalan wujud untuk dirinya sendiri. Bertanya, menyoal diri sendiri. Kemudian berangan-angan sesuatu tentang masa silam. Sambil menyoal Tuhan, mengapa dia/mereka lahir di dunia dengan serba kekurangan, kenapa tidak seperti orang lain, jadi Sultan, jadi Menteri, jadi TYT, dan macam-macam di kepala mereka.

Tetapi mereka tidak terfikir, sekiranya Sabah tidak bergabung dengan Malaya dengan membentuk Malaysia, mungkin saja Sabah akan sama taraf dengan keadaan di Selatan Filipina atau keadaan di Indonesia (kecuali Pulau Jawa dan Sumatera). Mungkin si tukang-tukang karut ini, orang yang dikategorikan sebagai salah satu PATI juga di negara orang lain, atau sudah lama mati kerana penyakit, atau tidak akan terfikir angan-angan yang ada atau khyalaan yang ada, kerana tiada pendidikan, di mana statusnya seperti ibu bapa 'street children' atau dikenali bapa atau ibu yang tidak bertanggungjawab. Siapa tahu?

Mengapa ANTI FITNAH SABAH tidak cuba menguraikan berkaitan MA63 dan Perlembagaan Malaysia? Kerana si tukang karut ini, hanya merujuk-rujuk kepada bab-bab yang tidak akan menyebabkan negara terburai. Fakta dan sangat mudah!

Negara yang terburai di dunia seperti USSR, Yugoslavia bukan kerana perkara-peraka yang dibangkitkan akan tetapi ketidaksamaan perlakuan antara rakyat.

Di Sabah, kalau orang malaya makan ayam, orang Sabah makan ayam. Kalau orang malaya makan KFC, orang Sabah makan KFC. Kalau orang malaya masuk Universiti, orang Sabah juga masuk universiti.

Perbezaan antara Sabah dan Malaya dari segi pembangunan hanya kerana Sabah kurang penduduk berbanding Malaya. Bayangkan kekuatan pengguna yang berjumlah 22 juta berbanding 3 juta. Kalaulah sama-sama berbelanja RM100 seorang, cuba tekan kalkulator kira beza angkanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook