Latest News

Friday 26 December 2014

DISEBALIK Pembatalan Pengosongan DUN Inanam


MENGAPA Dr Roland Chia Ming Shen membatalkan niat mengosongkan DUN Inanam? Pada 17 Disember lalu, tiada angin, tiada ribut, ADUN Inanam itu menulis di wall facebook peribadinya, bercadang mengosongkan kerusi DUN Inanam yang dipangkunya selama 17 bulan atas sebab faktor kesihatan.

Ada juga kawan-kawan ADUN itu membenarkan dakwaan beliau bahawa memang faktor kesihatanlah penyebab utama beliau mahu mengosongkan kerusi DUN Inanam.

Seperti biasa, pemimpin PKR senantiasa bersandiwara antara yang lain - Datuk Lajim Ukin, Rafizi Ramli, malah Azmin Ali. Turut berlakon juga adalah MP Penampang Darell Leiking. Dialog lakonan mereka tertumpu kepada ketidaktahuan mereka mengenai punca sebenar mengapa ADUN itu ingin berhenti secara tiba-tiba? Malah, pengetahuan mereka berkaitan kesihatan ADUN itupun mereka tidak "update".
Selepas babak pertama lakonan menyembunyikan krisis PKR Sabah, Roland sendiri mengumumkan pembatalan hasrat beliau mengosongkan kawasannya. Tepat pada hari Natal 25 Disember 2014, beliau mengumumkan sendiri pembatalan itu melalui kenyataan akhbar. 

Roland membatalkan niatnya atas sebab nasihat daripada Anwar Ibrahim, Wan Azizah isteri kepada Anwar, Azmin Ali  dan kononnya daripada penyokong beliau.

Peliknya, nama Lajim Ukin sebagai Pengerusi PKR negeri Sabah tidakpun disebut sebagai pendorong pembatalan niat ADUN itu.

Umum mengetahui bahawa perbalahan antara Lajim dan Roland cukup serius. Adun Inanam itu sangat tidak berpuas hati terhadap pelantikan Lajim sebagai Pengerusi PKR negeri.

Lajim sebenarnya bukan pemimpin PKR. ADUN Klias itu, hanya tersenarai sebagai pemimpin PKR selepas PRU-13 kerana sebelumnya hanya sebagai pemimpin PPS sebuah NGO yang beliau tubuhkan selepas keluar daripada UMNO pada penghujung tahun 2012.

Kerana keputusan kuku besi Anwar, maka Roland akur kerana dipercayai dijanjikan peranan khusus di Selangor selepas Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Semua perancangan itu, terburai! Anwar gagal menjadi MB Selangor. Janji pada Roland akhirnya hilang begitu sahaja. Manakala Lajim pula berseronok dengan projek-projek yang diberikan Azmin Ali.

Kalau seseorang mempunyai permintaan apabila tidak tertunai, maka sudah menjadi kebiasaan untuk mengancam meletak jawatan. Dan kemudian membatalkan semula jawapannya, Roland dijanjikan sekali lagi bahawa permintaannya ditunaikan termasuk menggantikan kedudukan Lajim Ukin?

Kini, Roland sedang bermimpi bakal menjadi Ketua Menteri Sabah kerana sebagai Pengerusi PKR, maka dialah bakal dilantik apabila PKR menang pilihanraya pada PRU-14 akan datang. Satu mimpi di siang hari, Roland tertipu lagi. Anwar bermain-main memperbudakkan Lajim dan ADUN Inanam itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook