Latest News

Wednesday 3 December 2014

Mengapa Penggiliran Ketua Menteri Dimansuhkan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman Pemain Kayu Tiga.!!! oleh Blog Jalin Luin (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4)
 

DATUK MUSA AMAN dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau mengambil alih daripada Tan Sri Chong Kah kiat.

Idea penggiliran Ketua Menteri, datangnya daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebaik sahaja Bn Sabah yang ditunjangi Umno mengambil alih kerajaan daripada PBS.

Tun Dr Mahathir digantikan oleh Tun Abdullah Badawi pada Oktober 2003, dan Tun Abdullahlah yang mengetuai BN pada PRU 2004; sementara Musa mengetuai BN Sabah pada PRU itu.

Selepas PRU itu, baik Bn Sabah mahupun nasional secara keseluruhan mencapai kemenangan yang luar biasa. Ramai pemimpin pembangkang tewas termasuk Karpal Singh dan Lim Kit Siang, malah PKR hanya berbaki satu kerusi, yakni dikubu kuat Anwar, Permatang Pauh.

Sementara di Sabah, hampir menyapu bersih semua kawasan samada DUN mahupun Parlimen.

Oleh sebab PRU-2004, selepas setahun Musa menjadi Ketua Menteri merangkap Pengerusi Bn negeri, maka keputusan PRU itu merupakan manifestasi sokongan kepada kepimpinan beliau.

Atas dasar itu, semua parti komponen membuat satu resolusi dan dihantar kepada Perdana Menteri; agar penggiliran Ketua Menteri dimansuhkan; dan semua pemimpin komponen Bn mahu Musa meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri.

Pada PRU 2008, sekali lagi Musa membawa kejayaan kepada Bn Sabah, sedangkan di Semenanjung telah berlaku tsunami politik. Pada PRU itu, untuk pertama kali Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan rakyat; untunglah ada Sabah dan Sarawak sebagai penyelamat.

Keputusan para parti komponen Sabah mengekal Musa berbaloi. Simpanan kewangan negeri terus meningkat di atas RM3bilion, sedangkan pada tahun 2003, kewangan negeri hanya kurang daripada RM200 juta.

Bajet kerajaan sabah terus meningkat, malah pada tahun 2013 dan 2014 membuat rekod dengan jumlah masing-masing RM4.088 dan RM4.8 bilion.

Musa meneruskan jawatannya sebagai Ketua Menteri atas konsesi semua parti komponen; bukannya atas permintaan beliau. Malah pemimpin parti-parti komponen memberi gelaran kepada belaiu sebagai Bapa Pembangunan Moden Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook