Latest News

Wednesday 31 December 2014

MENGAPA SABAH DIPANGGIL SIMPANAN TETAP BN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Manfaat Hasil Simpanan Tetap Dari Konteks Demokrasi Oleh Blog JalinanPolitik (screenshot1) (screenshot2)

PANGGILAN Simpanan Tetap BN kepada Sabah adalah istilah yang digunakan oleh Perdana Menteri Dato Seri' Najib Razak sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 yang lalu.

Mengapa dipanggil Simpanan Tetap? Sebabnya sejak merdeka, rakyat Sabah senantiasa menyokong BN pada setiap pilihanraya Parlimen.

Sewaktu kritikal BN pada PRU-12 di mana berlaku tsunami politik di Semenanjung, namun Sabah bersama-sama Sarawak masih menyelamatkan Putrajaya. Demikian juga pada PRU-13, Sabah dan Sarawak meneruskan peranannya.

Dalam sistem demokrasi negara, kelebihan satu undipun adalah pemenang. Sementara itu, penentuan kemenangan bagi sistem demokrasi kita adalah mana-mana pihak yang mempunyai majoriti kerusi adalah pemenangnya.

Memang benar bahawa BN pada PRU-13 yang lalu pertama kalinya kehilangan undi popular. Meskipun mendapat 47 peratus undi popular, akan tetapi jumlah itu cukup memberikan 133 kerusi Parlimen untuk mempertahankan Putrajaya.

Sekali lagi, sistem demokrasi kita bukannya melihat kepada undi popular akan tetapi jumlah kerusi.

Analisis daripada jalsjalin.blogspot.com yang menghubungkan jumlah undi yang diperolehi BN berbanding pembangkang dengan "ura-ura" cadangan peralihan kuasa yang diacah oleh kumpulan 8 (Ketua-Ketua Bahagian Umno Sabah) kemudiannya dikaitkan dengan Simpanan Tetap BN bagi Sabah adalah analisis atas kertas yang tidak menggambarkan pada keadaan yang sebenar.

Memang benar pada PRU-13 lalu, BN Sabah diperingkat DUN mendapat undi 427,257 ribu berbanding pembangkang 416,742 ribu. Dalam segi peratus, BN Sabah mendapat undi popular 50.62 peratus. Tetapi, jika diterjemahkan kepada jumlah kerusi, undi itu memberikan BN Sabah adalah 48 kerusi DUN atau 80 peratus. Demikian juga pada peringkat Parlimen, BN Sabah mendapat undi 421,792 ribu berbanding pembangkang 365,833 ribu atau peratusannya BN mendapat undi popular sebanyak 53.55 peratus dan diterjemahkan kepada jumlah 22 buah kerusi parlimen atau 88 peratus.

Berasaskan kepada fakta di atas, meskipun daripada segi undi jumlah yang mengundi  BN menurun termasuk jumlah kerusi juga menurun akan tetapi pencapaian itu masih lebih baik berbanding pencapaian BN di Semenanjung. Ertinya, panggilan Simpanan Tetap BN kepada Sabah masih relevan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook