Latest News

Tuesday 2 December 2014

Mengapa Sabah Jatuh Miskin?


SABAH jatuh miskin, akibat tindakan para pemimpinnya sendiri. Kerapnya bertukar kerajaan, menyebabkan polisi bertukar-tukar.

Setiap kerajaan yang menubuhkan kerajaan, terdiri daripada pemimpin yang “kongcikang”. Selepas beberapa bulan di tampuk kuasa, telah memiliki segala-galanya. Puncanya setiap pemimpin/wakil rakyat mendapat kawasan balak paling tidak 5,000 ekar dan paling malang 1,000 ekar.

Pemimpin jadi kaya, sementara rakyat yang menyebabkan mereka menubuhkan kerajaan, tetap dengan kehidupan harian mereka. Tiada program ekonomi; kalaupun ada pembinaan infrastruktur; hanya berupa jalan kampong.

Setiap masa dalam sepenggal, para wakil rakyat hanya sibuk berpolitik untuk mempertahankan kawasan masing-masing dan seterusnya mempertahankan kedudukan sebagai Yang Berhormat; bukan yang berkhidmat.

Keadaan ini yang berlaku di Sabah terutama pada tahun 1985-1994. Jangka masa 9 tahun, adalah jangka masa yang cukup untuk memiskinkan Sabah.

Tuah rakyat Sabah, masih ada; ditakdirkan Umno masuk pada tahun 1991dan seterusnya membentuk kerajaan pada tahun 1994. Sembilan tahun juga diperlukan untuk menstabilkan politik Sabah; sebelum rancangan pembangunan ekonomi dapat dimulakan.

Sejak tahun 2008, sudah bermula rancangan untuk memiskinkan Sabah semula dan puncaknya pada tahun 2013. Tuah rakyat Sabah masih ada, kini pembangunan ekonomi terus berjalan, atas sebab Umno masih lagi sebagai tunjang kerajaan.

Usaha memiskinkan Sabah semula, gagal dilakukan oleh pembangkang; namun terkini dizahirkan oleh pihak-pihak tertentu dalam parti yang memerintah.

Kumpulan G8 cuba menganggu momentum pembangunan ekonomi Sabah dengan mengacah Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Haji Aman; dengan berbagai dakwaan karut; agar supaya beliau terganggu.

Dakwaan kononnya Ketua Menteri menabur kewangan dengan cara membeli para ADUN Sabah untuk tidak mengemukakan undi tidak percaya semasa Sidang Dun Sabah pada awal November; dilakukan sendiri oleh ahli parti pengikut kepada salah seorang kumpulan G8.

Selain itu; kumpulan G8 ini dibantu oleh pihak pembangkang menabur fitnah daripada semua penjuru antara lain isu-isu pembalakan, projek-projek kerajaan negeri dan sebagainya.

Mereka cuba menolak fakta bahawa pengurusan kewangan negeri; bebas daripada teguran Ketua audit negara lebih sedekade lamanya; kewangan negeri begitu mapan, bajet negeri senantiasa tinggi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook