Latest News

Wednesday 3 December 2014

MOSIK dan SSKM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa lagi SABAH mahu? Oleh Blog SABAH AND SARAWAK RIGHTS (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4)

MOSIK DAN SSKM dua NGO yang menggunakan siber, membuat propanganda berkaitan kemerdekaan dan status Sabah dan Sarawak.

Mosik ditubuhkan di Kota Marudu, oleh beberapa orang etnik kimaragang, manakalah SSKM digerakan oleh Doris Jones, asal Ranau Sabah.

Kedua-dua NGO siber ini, mencuba memutar belitkan berbagai dokumen lama, berkaitan pembentukan Malaysia, serta dokumen-dokumen lama berkaitan Sabah dan Sarawak, kemudian menggunakan teknologi Multimedia merekaysa, memalsu, seolah-olah satu dokumen yang sah dan sahih.

Mereka-mereka ini, didalangi pihak-pihak tertentu, untuk menjajah Sabah dan Sarawak semula. Mereka dibantu pihak asing, dan seterusnya pihak asing itu mempergunakan mereka, bagi matalamat menjajah Sabah dan Sarawak.

Sesebuah negeri yang aman, akan dikuasai oleh negara asing apabila berlaku pergolakan. Sebagai contoh, negara Iraq, kini dikuasai Amerika, demikian juga Aghanistan, Syira dan beberapa negara di Eropa dan Afrika.

Mereka mengambil peluang bagaimana menjatuhkan pemimpin Libya dan Mesir; kerana pihak-pihak yang didalangi barat, telah mempergunakan dunia siber untuk menjatuhkan Gaddapi dan Mubarak.

Kini dua negara itu selepas bertukar kerajaan bukannya menjadi aman malah kucar kacir. Keadaan itulah yang ingin dicipta oleh pihak-pihak tertentu di Sabah. Mereka mencari kumpulan etnik yang sanggup digunakan, seperti kumpulan Al-qaeda yang merekrut pengikut berani mati untuk memperjuangkan satu imijansi dan ilusi.

Kumpulan Mosik dan SSKM merupakan kumpulan Ngo siber yang digunapakai oleh pihak-pihak tertentu, agar Sabah dan Sarawak bergolak, kemudian, dua negeri jatuh miskin, kerana kekacauan akanmenganggu kegiatan perekonomian. Contoh mudah, apa yang berlaku di selatan Filipina, kerana pergolakan, rakyatnya menjadi pelarian, sehingga negara jiran mengalami tempiasnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook