Latest News

Thursday 25 December 2014

Nasihat Pairin - Siapa Kau Lim Kit Siang???


PROVOKASI Lim Kit Siang terhadap Tan Sri Pairin Kitingan yang dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan  PATI Sabah adalah tidak bertempat. Siapa Kit Siang yang mahu mencampuri urusan Pairin?

Kit Siang mahu mempengaruhi rakyat Sabah terutama kaum Kadazan Dusut Murut (KDM ) berkaitan Laporan RCI yang diumumkan pada 3 Disember yang lalu.

Malangnya, sejak berdekad lamanya Pemimpin Veteran DAP itu tidak bersuara berkaitan PATI Sabah termasuklah semasa berdekad di dalam parlimen sebagai ketua pembangkang. Tapi, kenapa baru sekarang?

Dakwaan terhadap kerajaan pusat terutama pada tahun 90an, iaitu semasa Pairin menjadi Ketua Menteri Sabah kononnya PATI adalah projek persekutuan adalah dibebankan kepada Presiden PBS itu untuk membuktikannya. Adalah sesuai jika seseorang yang kononnya menjadi korban projek IC yang diwar-warkan membuktikan perkara itu untuk penyelesaian selama-lamanya?

Kit Siang khuatir, jika Pairin akan membuktikan bahawa dapatan RCI yang menyatakan memang berlaku projek IC tetapi bukan atas bantuan kerajaan. Akan tetapi oleh sindiket yang bermotifkan kewangan. Dah berapa kali diterangkan di sini, bermotifkan kewangan! Ya betul bermotifkan kewangan.

Pairin bebas bertindak dan mengesyorkan tindakan tepat apa yang perlu dilakukan kepada petualang-petualang dan dalang-dalang Projek IC tersebut. Merekalah yang sebenarnya PENGKHIANAT NEGARA!

Sehingga kini, tiada pembuktian bahawa kerajaan terlibat melindungi PATI sebaliknya tindakan si dalang-dalanglah yang menjadi punca kepada kebanjiran PATI.

Kerajaan terpaksa berbelanja besar membangun depo-depo, penyediaan makan minum, malah terpaksa berbelanja besar dalam proses penghantaran dan operasi memburu. Selain kewangan, kerajaan juga terpaksa megambil masa untuk menyiasat dan mendakwa serta mengambil tindakan kepada orang tempatan yang melindungi PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook