Latest News

Wednesday, 31 December 2014

Operasi Besar-besaran Kedua Banteras PATI Dilancar Di Lahad Datu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JAWAPAN SEBENAR MENGAPA PATI DI SABAH TIDAK AKAN DAPAT DIBENTERAS Oleh FB Page 1 Suara Sabah  (screenshot)

Operasi bersepadu secara besar-besaran yang kedua bagi memburu dan membersihkan Sabah daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti perniagaan haram dilancarkan di Lahad Datu selepas pertama kali dilancarkan di Sandakan, Sabtu lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, Operasi Bersepadu Khas itu yang bermula pada 8 pagi Selasa dikemudikan Pejabat Daerah Lahad Datu dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Menurutnya, 16 PATI telah ditahan dan akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing oleh Jabatan Imigresen.

"Kerajaan mahu melihat bandar Lahad Datu ini bebas daripada PATI dan peniaga haram yang kebanyakannya dari kalangan PATI.

"Sebab itu, kita laksanakan operasi ini secara berterusan bukan sahaja di Lahad Datu tetapi juga di kawasan lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)," katanya dalam satu kenyataan di Lahad Datu.

Turut berada di lapangan bagi memantau dan menjayakan operasi bersepadu itu ialah Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, Pengarah Awam ESSCOM Ruji Ubi dan Pegawai Daerah, Encik Iman Ali.

Sukarti berkata pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan terlibat dalam operasi itu termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perikanan, Jabatan Kesihatan, Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Beliau berkata operasi membanteras PATI itu merupakan langkah susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai PATI di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook