Latest News

Thursday 25 December 2014

PANAS! PANAS! HALANGAN MENUMPAS PATI! How?


HALANGAN besar memburu PATI adalah dengan memeriksa kesemua tempat perkampungan setinggan. Setinggan bukan sahaja menjadi masalah kerajaan, malah juga sebagai tumpuan PATI.

Setinggan sukar dihapuskan kerana rakyat tempatan yang berhijrah ke bandar merupakan punca penyebabnya. Selain itu, warga tempatan juga menjadikan lokasi setinggan menjadi sumber pendapatan. So lepas ini jangan menuding jari ya atau dont blame to government too!

Modus Operandi warga tempatan adalah terlebih dahulu membina rumah lalu kemudian disewakan kepada warga asing termasuk PATI. Sudah tentu duit penting tapi eloklah tu mencari penyewa yang bukan sepatutnya....

Sebagai bukti, setinggan merupakan sarang PATI apabila operasi mengejut dilakukan pada Isnin lalu, iaitu seramai 50 PATI berjaya ditangkap di Kg Inanam Laut dan Kg Sinulihan. Pati yang ditangkap itu terdiri daripada 32 warga Filipina dan selebihnya warga Indonesia. Teng! Teng! 

Sembilan daripada PATI yang ditangkap dipercayai positif dadah. 

Tindakan kerajaan mengusir PATI sangat bergantung kepada kerjasama warga tempatan. Tanpa kerjasama itu, maka terlalu sukar mewujudkan sifar PATI di negeri ini.

Malaysia berdepan 5.8 juta PATI dan 250,000 ribu daripadanya dipercayai berada di Sabah.

Orang politik yang si pembangkang tu jangan hanya tahu bercakap saja! Mereka seharusnya proaktif dalam membenteras PATI. Now the question is... adakah kerajaan negeri mengabaikan dan membiar? Siapa kata kerajaan tidak ambil tindakan? Lepas ni fitnah lagilah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook