Latest News

Monday 15 December 2014

PATI FILIPINA KERANA SIKAP MANILA SENDIRI-PBS


SIKAP kerajaan Manila yang tidak peduli terhadap rakyatnya di Sabah merupakan faktor utama yang meruncingkan situasi warga negara itu yang kini membanjiri Sabah. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Johnny Mositun berkata demikian bagi mengulas kenyataan Duta Besar Filipina di Negara ini J Eduardo Malaya pada Sabtu.

Keengganan Manila menubuhkan Konsul Jenderal di Sabah merupakan penyebab mengapa ramai rakyat negera itu tidak memperolehi dokumen yang sah.

Sabah menjadi tumpuan pelarian Filipina bermula tahun 1970 semasa pergolakan negera itu selain ditambah dengan pengistiharan undang-undang tentera semasa pemerintahan Ferdinand Marcos.

Sebagai negera jiran yang paling dekat, Sabah menjadi tumpuan pelarian, sehingga menyebabkan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menubuhkan Suruhanjaya Pelarian di bawah naungan badan dunia itu.

Kemanusian yang diberikan negera dengan memberi perlindungan sekaligus penempatan, menjadi masalah pula kepada Sabah, apabila pelarian yang membanjiri Sabah, bukan lagi pelarian yang berstatus lari daripada pergolakan/perang akan tetapi bertukar kepada pelarian ekonomi.

Filipina sudah bertukar kerajaan daripada ala tentera kepada demokrasi pada Tahun 1986, apabila Marcos disingkirkan.

Meskipun Filipina bukan lagi dalam keadaan perang, namun rakyat negara itu terutama di wilayah Selatan, terus membanjiri Sabah, atas sebab faktor ekonomi.

Tahun 2010, terdapatnya 867,190 warga asing di Sabah, dan ianya merupakan 28 peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah masa itu.

Malangnya sebahagian besar daripada warga asing yang berada di Sabah, sebahagian besarnya adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Kini, kerajaan Negeri menumpukan kepada pemburuan terhadap mereka untuk dihantar kembali ke negara masing-masing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook