Latest News

Sunday 28 December 2014

PATI: INTEGRITI PENJAGA SEMPADAN TANDA TANYA


APA yang tersirat melalui penangkapan 315 PATI di Sandakan pada Sabtu baru-baru ini adalah longgarnya penjagaan sempadan.

Benarlah Laporan RCI bahawa punca PATI membanjiri Sabah bukan kerana Kerajaan.

Memang ada dalang daripada penguatkuasa sendiri kerana jika tiada, adalah sukar diterima. Ini kerana ketatnya penjagaan pantai melalui ESSCOM/ESSZONE, namun masih lagi terdapat PATI.

Sandakan adalah satu-satu kawasan depan wilayah Timur Sabah.

Datuk Tawfiq sebelum ini mengeluarkan kemuskilan, hanya dalang daripada dalam sahaja berlakunya kemasukan PATI.

Seorang anggota RELA yang mempunyai pangkat pernah berkata, beliau kini telah tawar hati menangkap PATI kerana selepas PATI yang ditangkap diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Namun pada hari keesokannya, yang ditangkap itu bebas malah menjalankan aktiviti seperti biasa berjualan sayur. Pelik tapi benar!

Bolehkah kerajaan membanteras PATI jika masih terdapat petualang?

Kerajaan bertindak dengan menggunakan peruntukkan yang banyak, namun ada pihak-pihak mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh. Malah, ada yang mendakwa bahawa semakin ramai PATI yang ditangkap, mereka sibuk menekan kalkulator, berapa kemasukkan ringgit ke dalam akaun/poket mereka.

Sampai bilakah kerajaan menemukan pasukan yang berintegriti???
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook