Latest News

Monday 15 December 2014

PATI SABAH ADA KAITAN DENGAN UMNO - KARUT!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah menteri yang PALING BODOH... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)
(ii) 1) Rahman buta sejarah... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

UMNO hanya masuk ke Sabah pada 5 September 1991. Masalah PATI bermula sejak tahun 1970. Malah, mereka yang memberi komen yang menghubungkan UMNO belum lahir di dunia ini.

Sebelum UMNO masuk, bapa-bapa kepada pemberi komen ini, langsung tidak menghiraukan masalah PATI kerana sibuk membahagi-bahagikan kayu balak Sabah.

Selepas perubahan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO, kebebasan memonopoli harta Sabah tidak mudah lagi. Cuba tanya Dr Jeffrey, bagaimana beliau mencatur kayu balak di Sabah?

Kebanjiran PATI sebenarnya bukan berlaku semasa UMNO menjadi tunjang kerajaan negeri Sabah. Kini, pemimpin UMNO pula yang terpalit dengan masalah lalu yang kini cuba mencari penyelesaian jitu untuk semua khususnya rakyat Sabah bagi memuktamadkan masalah tersebut.

Datuk Rahman hanya jadi pemimpin bermula pada tahun 2008. Malah, semasa berlakunya kebanjiran PATI di Sabah, beliau masih kanak-kanak yang belum tahu apa-apa. Namun, atas dasar tanggungjawab serta dasar sebagai pemimpin kerajaan masa kini, beliau memberi jalan yang terbaik bagaimana menyelesaikan masalah warisan tersebut.

Mereka yang memberi dakwaan dan hanya tahu menuduh sama sekali tidak memberikan cara penyelesaian melainkan hanya tahu menuding jari, menyalahkan orang lain dan hanya tahu menghina mengapa ibu mengandung?

Emosi dan menuding jari tidak akan dapat melahirkan fikiran yang matang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook