Latest News

Tuesday 9 December 2014

PATI Sabah - Terpulang Kepada Rakyat Sabah : ABDUL RAHMAN DAHLAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terima atau tidak? oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

TERPULANG kepada rakyat Sabah - Apakah mahu menerima PATI yang berdekad tinggal di negeri yang tercinta ini. Hanya Rakyat Sabah sahaja yang boleh menentukan!

Kebanjiran PATI ke Sabah disebabkan tarikan ekonomi. Negara mereka bergolak serta kekurangan peluang pekerjaan.

Siapa pun berada dalam kedudukan mereka yang perlu hidup dan ada keluarga untuk disara, maka akan menyeberang pada sebuah negeri yang memberikan peluang pekerjaan dan peluang meneruskan kehidupan.

Pilihan kita adalah memajukan BIMP-EAGA. Jika jiran maju, rakyat sesebuah negara tidak akan berhijrah.

Jangan bohong! Niat mereka yang mempertikai kehadiran PATI kerana menyangka mereka-mereka itu mendaftar sebagai pengundi. Sebab itu, ada yang mempersoalkan, mengapa peratusan kaum islam dua kali ganda berbanding bukan islam?

Tujuan mereka ini, seperti memukul anak tetapi sebenarnya menyindir menantu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook