Latest News

Sunday 14 December 2014

Pelaburan Dalam Negara Tahun 2014 RM172.3 Bilion


JUMLAH pelaburan dalam Negara yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2014 lalu meningkat kepada jumlah RM172.3 bilion. Antara lain adalah hasil peningkatan sektor pembuatan yang mencatatkan nilai pelaburan terbaiknya sejak 2008 lagi.


Jumlah tersebut meningkat sebanyak 9.1% berbanding RM158 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama pada 2013.

Nilai pelaburan RM172.3 bilion itu melibatkan 4,103 projek yang diluluskan dengan sebanyak 144,400 ribu peluang pekerjaan dibuka.

69.5% atau RM119.8 bilion merupakan pelaburan domestik manakala 30.5% atau RM52.5 bilion adalah pelaburan asing.

Mengikut kategori, sektor perkhidmatan masih lagi menjadi penyumbang terbesar pelaburan dalam Negara berjumlah RM96.6 bilion diikuti sektor pembuatan RM63.5 bilion dan sektor utama seperti perlombongan dan pertanian sebanyak RM12.2 bilion.

Bagaimanapun untuk tahun ini, hanya sektor pembuatan mencatatkan peningkatan pelaburan manakala sektor perkhidmatan dan utama masing-masing mengalami penurunan berbanding tahun 2013.

Untuk 9 bulan pertama 2014, aktiviti hiliran O&G menjadi komponen penting kepada nilai pelaburan Negara malah aktiviti ekonomi tersebut telah menjadikan negeri Johor sebagai lokasi pelaburan utama terbesar dalam negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook