Latest News

Sunday 21 December 2014

Penculikan Di Sabah Memang Urusan Bisnes


CHAN SAI CHUIN seorang penternak ikan di Kunak Sabah yang diculik pada 16 Jun lalu dan kemudiannya dibebaskan oleh penculik pada 10 Disember lalu. Dia menyatakan bahawa telah diculik selama 178 hari dan dijaga dengan baik.

Dengan pengakuan itu, mengesahkan bahawa penculikan yang berlaku di Sabah bermotifkan kewangan aka bisnes.

Walaupun pihak kerajaan menafikan bahawa tiada wang tebusan yang dibayar, namun cara pembebasan mangsa culik merupakan suatu misteri.

Memang telah dicurigai bahawa dalang penculik adalah dikatakan berada dari dalam negeri. Oleh sebab itu, penculik dengan mudah mengenal pasti seseorang untuk dijadikan mangsa.

Selepas pembebasan saudara Sai Chuin, seorang mangsa lagi masih belum dibebaskan dan kebetulan mangsa tersebut adalah seorang anggota polis.

Sebelum ini, penculik memberi ancaman jika wang tebusan tidak dibayar pada masa yang dijanjikan, mangsa akan dipenggal kepala.

Chan menceritakan bahawa pembebasannya langsung tidak diketahuinya sehingga tiga orang tidak dikenalinya  mengaku sebagai anggota polis Sabah memintanya untuk ikut mereka bersama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook