Latest News

Tuesday 16 December 2014

Pendatang Asing Seluruh Negara Sebanyak 5.8 Juta!


NEGARA berdepan dengan 5.8 juta pendatang asing. Separuh daripada jumlah itu tidak mempunyai dokumen yang sah.

Di Sabah pula terdapat lebih kurang 900 ribu pendatang asing yang juga separuh daripadanya tidak mempunyai dokumen sah a.k.a PATI.

Selepas pengumuman RCI, kerajaan negeri telah membuat tindakan drastik dengan memburu PATI dan menghantar pulang ke negara asal.

Kerajaan Sabah juga akan mengazetkan semua pulau-pulau yang dikenalpasti sebagai transit PATI sebelum menyusup masuk ke Tanah Besar Sabah.

Selain itu, turut memperketat kawalan seluruh pantai sepanjang 1,400 km di Pantai Timur Sabah melalui ESSCOM/ESSZONE. 

ESSCOM/ESSZONE akan menjadi tembok penghalang kepada penyusupan masuk PATI.

Kerajaan Sabah dibawah pentadbiran oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman amat serius mengatasi masalah berdekad ini.

Musa mengambil tindakan melalui kerjasama Kementerian Dalam Negeri untuk menyelesaikan PATI buat selama-lamanya.

Bravoo Kerajaan Sabah!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook