Latest News

Thursday 4 December 2014

PENDEDAHAN Kalau Pemimpin Sabah Rasuah, Pasti SPRM Sudah Bertindak!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) DAP mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia... Oleh Web Roket Kini (screenshot1) (screenshot2)

TIADA kebenaran dakwaan bahawa pemimpin Sabah adalah rasuah.  Semuanya rasuah???

Pengurusan kewangan negeri mendapat pengiktirafan 'lima bintang', malah bebas teguran daripada Ketua Audit Negara selama beberapa tahun berturut-turut.

Tidak mungkin sesiapa boleh lepas jika ada kelompangan dalam pengurusan kewangan yang tidak dapat dikesan melalui pengauditan.

Jika sesebuah kerajaan rasuah, sudah tentu kerajaan tidak mampu membangun negeri, tidak mampu mengumpul wang yang berbilion serta tidak mampu membentangkan bajet dengan jumlah yang mencipta rekod baharu.

Sehingga kini, belum terdengar ada pemimpin negeri yang ditangkap atas sebab mengamalkan rasuah. Tomahan yang diberikan hanya dakwaan untuk memburukkan kepimpinan negeri atas sebab pihak-pihak tertentu yang tidak mempunyai 'isu bagaimana membangkang kepimpinan negeri'.

Kepimpinan negeri yang diterajui oleh Musa adalah sangat perhatin kepada rakyat terutama untuk menurunkan kadar kemiskinan.

Beberapa projek untuk rakyat diwujudkan khasnya kepada generasi muda kita seperti Samur, PIOC, SDC mahupun SOGT adalah berperanan kesemuanya untuk mencipta peluang pekerjaan yang luas dan baru serta lebih kompetitif.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook