TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Zahid tak layak jadi pengerusi jawatankuasa tetap RCI Sabah Oleh Web Rocket Kini (screenshot1) (screenshot2)
(ii) Kit Siang slams 'ALREADY BIASED' Zahid: He's NOT fit or qualified to co-chair Sabah RCI on illegals Oleh Web Malaysia Kini (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4)
KENYATAAN Dato' Seri Zahid Hamidi mengenai "TIADA PROJEK IC YANG MELIBATKAN JABATAN KERAJAAN" dan yang ada hanyalah PROJEK IC YANG DILAKUKAN SINDIKET UNTUK KEPENTINGAN KEWANGAN". Melalui kenyataan itu sebenarnya Zahid TIDAK berat sebelah seperti mana dakwaan pemimpin pembangkang veteran Lim Kit Siang (DAP).
Hasil laporan melalui laporan RCI yang
menyebut beberapa individu yang bekerja di Jabatan Pendaftaran yang
juga mantan-mantan tahanan ISA, menunjukkan kepada penafian bahawa jabatan
kerajaan secara entiti tidak terlibat dalam projek IC. Sebaliknya, individu-individu yang tidak amanah yang terlibat dalam satu sindiket
pengeluaran kad pengenalan biru yang bertujuan kewangan.
Laporan
RCI juga dengan jelas menyatakan (melalui halaman muka surat 346-347), bahawa
projek IC hanya kebarangkalian pada masa material. Laporan itu tidak
menyebutpun bahawa Jabatan Pendaftaran secara entiti terlibat melainkan
para individu yang berkerja dengan jabatan pada ketika itu.
Jabatan Pendaftaran secara entiti bukan diwakili oleh beberapa kakitangan yang
tidak amanah. Malah, imej jabatan turut terpalit dan tercemar. Oleh sebab
itu, para individu yang berkerja pada jabatan tersebut ditangkap dan ditahan melalui ISA
pada tahun 1995 sedangkan RCI hanya ditubuhkan pada tahun 2012.
Lim Kit Siang gagal membaca "between the line" kenyataan Zahid pada 16 Disember yang lalu.
0 comments:
Post a Comment