Latest News

Wednesday 17 December 2014

PENIPUAN SSKM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sejarah yang tidak di 'SEJARAH' kan dalam buku sejarah Sekolah Oleh Blog Sabah sarawak Merdeka (screenshot)

MEREKA mereka-reka gambar kemudian MENULIS pada gambar itu... INILAH FAKTA SEBENAR YANG DISEMBUNYIKAN!

Melalui cara mereka itu, seolah-olah mereka mempunyai gudang simpanan arkib yang lebih besar daripada arkib negara. Seolah-olah mempunyai kemampuan pentadbiran yang jauh lebih besar daripada negara atau mempunyai kakitangan yang jauh lebih banyak daripada negara. Ataupun mereka juga turut mempunyai pentutur dari zaman sebelum merdeka. 

SSKM berlagak mempunyai maklumat yang tidak dimiliki oleh negara seolah-olah nenek atau datuk mereka masih hidup sehingga kini di mana menunggu mendedahkan semua dokumen-dokumen yang mana menurut mereka, disembunyikan daripada sejarah sekarang kepada pengetahuan semua pihak termasuk pelajar sekolah, para bakal peguam, ilmuan mahupun para pakar sejarah.

Kalau menipu pun, biarlah jangan seperti burung unta kepala yang kecil disembunyikan dalam pasir kerana yakin tidak nampak musuh maka terasa selamat sedangkan badan yang besar masih terlodek.

Rakyat Sabah dan Sarawak bangga bersama Malaysia. Oleh itu, sejak merdeka semua rakyat negara ini bersatu hati menyokong kerajaan yang memerdekakan negara.

Mereka yang menjadi agen penjajah sebenarnya sudah lama bertapak di negara ini. Namun, langsung tidak mendapat sambutan daripada majoriti rakyat. Mereka hanya berdepan dengan khyalan/angan-angan masing-masing.  Berangan-angan setiap masa dengan berfikir bagaimana menabur penipuan, pembohongan dan putar belit. Sebagai contoh, Si Doris Jones yang mengaku sebagai peguam handal sedangkan soal kelayakan adalah masih belum pun tamat sekolah menengah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook