Latest News

Monday 22 December 2014

PENJELASAN Perkara 30 - Perakuan Kewarganegaraan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ISU PEMBERIAN KEWARGANEGARAAN KEPADA WARGA ASING DI MALAYSIA Oleh Fb Page DEMI SABAH - Kelab Penyokong Darell Leiking (screenshot)

KEMUSKILAN yang ditimbulkan oleh Kelab Penyokong Darell Leiking MP Penampang berkaitan Perkara 30 sebenarnya hanya berlaku JIKA ADA KERAGUAN WARGANEGARA. 
 
Penjelasan (Sila baca)

Misalnya, seorang anak daripada pasangan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara asing. Anak itu hanya mempunyai sijil lahir atau keterangan/passport negara asing. Namun, selepas tinggal lama di luar negara, barulah si anak memohon sebagai warga negara. Sewaktu dia memohon pula, ibu bapanya sudah bertukar berstatus warganegara asing. Dalam keadaan ini, Perkara 30 digunapakai. 

Dengan peraturan ini, negara boleh memperakui seseorang itu menjadi warganegara. Meskipun kelihatan senang, akan tetapi pelaksanaannya sungguh rumit. Si pemohon wajib melalui beberapa tapisan untuk mendapat perakuan daripada negara berasaskan kepada perkara 30.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook