Latest News

Wednesday 3 December 2014

Peruntukan Untuk Sabah DIPUTAR BELIT!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tanpa Peruntukan Dari Kerajaan Pusat pun Sabah... Oleh FB Page The VOICE Of Borneo (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4)

Baru-baru ini di Lahad Datu Sabah,, Dato Seri' Najib Tun Razak telah mengejutkan seluruh rakyat Sabah dengan kenyataannya bahawa permintaan pembangkang (STAR) untuk meminta 50% hasil minyak merupakan sesuatu yang tidak praktikal dan ini akan menyebabkan peruntukan daripada kerajaan pusat akan dikurangkan. Bukankah ini satu UGUTAN yang nyata dan jelas dari seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya di Sabah? Bayangkan jika rakyat Sabah tidak langsung tidak memahami angka dan 'perjalanan' peruntukan atau bajet negara. Maka, semudah itu rakyat Sabah akan 'memarahi' pembangkang (STAR) kerana permintaan yang "melampau".

Komen: Sekiranya permintaan 50 peratus maka tiada syarikat minyak di dunia ini sanggup beroperasi di bumi Sabah. Cari gali minyak merupakan satu kegiatan yang padat modal. Operasi Petronas di perairan Sabah semuanya berasaskan 'Joint Venture' (JV) dengan syarikat gergasi minyak dunia seperti SHELL. Petronas hanya boleh mendapat maksimum 15 peratus keuntungan. 15 peratus itu kemudiannya dibahagi sama rata dengan Petronas mengambil 5 peratus, negeri-negeri pengeluar minyak 5 peratus dan persekutuan juga sebanyak 5 peratus. So now you can see 'the real fact' here.

Sejak tahun 1976, royalti minyak yang diterima oleh Sabah adalah sebesar RM9.2 bilion. Manakala peruntukan pula iaitu bahagian di luar royalti adalah sebanyak RM172.8 bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook