Latest News

Wednesday 31 December 2014

PM TIADA KUASA BERI KAD PENGENALAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masih mahu memberikan sokongan kepada umno-bn??? Oleh Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

HAKIKAT yang perlu diketahui bahawa tiada sesiapa yang mempunyai kuasa memberi 'Kad Pengenalan' atau kewarganegaraan di negara ini tanpa melalui proses yang ditentukan.

Buat kad Pengenalan bukan seperti masak mee segera, hanya 5 minit siap! Buat kad pengenalan memerlukan proses yang melibatkan rangkaian perkhidmatan dan sudah tentunya memerlukan ramai tenaga pekerja.

Jika dakwaan ini benar adalah suatu malapetaka kepada Najib dan Shafie sendiri kerana kedua-dua pemimpin ini tidak akan mampu menutup semua mulut orang. 

Dalam setiap rangkaian perkhidmatan, meskipun ada yang sanggup menjadi kambing hitam akan tetapi ramai lagi yang berintegriti.

Dakwaan ini, sebenarnya menghina para kakitangan kerajaan yang amanah dan berintegriti kerana sanggup bersubahat. Tidak mengapa sekiranya membuat fitnah kepada Najib dan Shafie kerana mereka orang politik. Hal ini kerana fitnah kepada orang politik adalah asam garam alam kerjaya tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook