Latest News

Sunday 21 December 2014

Projek Udang Pitas Terbesar Di Malaysia


PROJEK ladang udang terbesar di Malaysia yang sedang dimajukan di Pitas Sabah suatu hari nanti akan menjadi satu kebanggaan negeri kerana menerima model insklusif melibatkan kerjasama syarikat swasta dengan masyarakat setempat.

Projek yang menelan belanja RM1.23 bilion iaitu melibatkan pelaburan swasta berjumlah RM963 juta serta melalui Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) berjumlah RM268.2 juta.

Apabila siap kelak, projek itu akan mempunyai 1,500 buah kolam dan mewujudkan lebih 3,000 ribu peluang pekerjaan.

Projek mega itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah sendiri YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman pada Sabtu ini.

Pitas, suatu masa dahulu pernah mendapat julukan sebagai wilayah termiskin di Sabah. Dengan adanya projek mega seumpama ini, maka gelaran wilayah termiskin secara perlahan-lahan akan terhakis. Malah, melalui projek seumpama ini kadar kemiskinan wilayah itu akan beransur pulih dan menurun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook