Latest News

Saturday 20 December 2014

Projek Udang Yayasan Sabah Kota Marudu


PAGI hari ini (Sabtu), penulis terbaca satu kenyataan ringkas daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman bahawa beliau dalam rangka lawatan turun padang di kawasan Kota Marudu dan Pitas.

Tujuan lawatan itu antaranya melawat Kolam Pemeliharaan Udang Yayasan Sabah di kawasan itu.

Tahun 80-an Sabah memang terkenal dengan udang laut. Oleh sebab demikian, pada ketika itu diperkenalkan pukat udang harimau untuk mengeksploitasi hasil laut tersebut. Namun, atas kerakusan sesetengah pihak luar, maka akhirnya udang laut semakin sedikit sumbernya. 

Terima kasih atas eksport "Mother Prawn" ke Taiwan yang dilakukan oleh Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) kerana atas eksport itu, maka pemeliharaan udang di kolam dapat dijalankan sehingga ke hari ini.

Kalaulah tiada tindakan SAFMA masa lalu, pasti hari ini rakyat tidak akan dapat makan udang lagi. Namun, sekiranya dapat juga akan tetapi tidak terjangkau harganya.

Udang merupakan sumber pendapatan yang lumayan kerana harganya tinggi, maka pendapatan juga tinggi.

Ini disebabkan  udang adalah sumber semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan yang mendiami lautan dan sungai di Sabah. Dengan menternaknya secara buatan adalah memerlukan kos yang tinggi. Hanya beberapa dikalangan orang sahaja yang mampu mempunyai duit banyak bagi menternak udang.

Yayasan Sabah sebuah Yayasan yang mempunyai keluasan balak yang luas sebagai sumber kewangan yang juga turut terpaksa mencebur diri dalam bidang pemeliharaan udang. Selain tambahnilai kepada kewangannya juga, ia membantu rakyat setempat dalam segi peluang pekerjaan dan sekaligus menambah pendapatan.

Sebenarnya Musa mendepani masalah rakyat dengan mengerakkan agensi berkaitan kerajaan terlibat kepada pelbagai sektor ekonomi demi kebaikan rakyat secara umumnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook