Latest News

Wednesday 24 December 2014

PRU-14: Sabah Ke Mana?


PRU-14 kita akan menyaksikan tidak kurang 1.2 juta pengundi menentukan kerajaan mana yang bakal di pilih.

Kalau persempadan belum dikuatkuasakan, maka Sabah akan kekal dengan 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kawasan Parlimen.

Pada PRU-13, kedudukan kerusi berasaskan kepada parti BN sebanyak 48 kerusi dan pembangkang 12 kerusi bagi kerusi DUN. Manakala bagi peringkat parlimen, BN sebanyak 22 kerusi dan pembangkang sebanyak 3 kerusi.

Kerajaan BN yang ditunjangi UMNO bakal digugat oleh kumpulan parti-parti KDM yang bernaung dalam NGO UBF dan SSKM. Selain Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan akan mungkin juga tanpa bersama PAS kali ini. Selain itu, parti SAPP walaupun kononnya parti berbilang kaum akan tetapi lebih cenderung dilabelkan kepada parti kaum cina. Manakala STAR adalah parti yang menjadikan KDM sebagai sandaran.

Pada PRU-14, bagi kawasan-kawasan yang ditandingi UMNO hanya berhadapan dengan PKR. Manakala bagi kawasan KDM,  bakal berdepan dengan parti KDM. Seterusnya untuk kawasan pantai barat terutama di kawasan  penduduk cina, akan cuba direbut masing-masing oleh BN-DAP-SAPP dan PKR.

Jika berlaku satu lawan satu, meskipun BN negeri akan terus membentuk kerajaan akan tetapi sedikit penyertaan oleh kaum KDM. Diperkirakan, jika berlaku satu lawan satu bagi setiap kawasan, BN akan mendapat 36 kerusi berbanding lawan 24. Kerusi BN terdiri daripada 28 bumiputera Islam, 4 bumiputera bukan islam dan 2 kerusi  kaum cina. 

Jumlah kerusi DUN BN itu diterjemahkan kepada 16 kerusi Parlimen berbanding pembangkang iaitu 9 kerusi.

Senario di atas merupakan keupayaan minima BN dan memaksimakan keupayaan pembangkang atau dengan kata lain, jumlah kerusi yang disebutkan adalah jumlah kerusi yang pasti dimenangi oleh BN. Jika berlaku pertandingan satu lawan satu atau jika berlaku pertandingan pelbagai penjuru, maka keputuasan akan lebih memihak kepada BN dan kemungkinan besar keputusan PRU-13 akan berulang.

Apapun sentimen yang di bawah oleh pihak-pihak KDM terutama UBF dan SSKM yang mahu merampas seberapa banyak kerusi melalui STAR, ianya tidak akan berlaku. Sebaliknya, PKR dan DAP akan mendominasi kerusi-kerusi Pembangkang manakala parti-parti lain pula berkemungkinan besar akan kosong termasuk STAR.

Kaum KDM yang mengundi PKR dan DAP bukan kerana kaum itu suka kepada parti itu. Akan tetapi kerana menolak dan bencikan UMNO. Sentimen KDM membenci Umno, bukan berasas kepada polisi yang dibawa oleh parti itu. Akan tetapi sentimen yang didasarkan kepada emosi yang bersifar retorik. Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook