Latest News

Thursday 4 December 2014

PUNCA Kenapa Pitas Termiskin?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 51 TAHUN SABAH BERSAMA MALAYSIA SABAH MASIH TERMISKIN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

MENGAPA daerah Pitas adalah termiskin? Jawapannya adalah kawasan itu hanya bersumberkan pertanian yang bersifat pindah-randah. 

Penduduknya hidup berjauhan antara satu sama lain iaitu dalam kumpulan kecil. Ia bolehlah diistilahkan sebagai "nomad". Tapi itu cerita dahulu. Kini ceritanya sudah lain. Penduduk sudah selesa tinggal berkumpulan dalam jumlah yang besar dan telah menikmati pembangunan infrastruktur.

Selain pembangunan tersebut, kerajaan juga mengadakan program MESEJ melalui Kementerian Luar Bandar Negeri iaitu program AZAM dan Program Agropolitan. Semua ini adalah program pembasmian kemiskinan.

Tahun 80an, memang diakui bahawa Pitas merupakan daerah termiskin di Malaysia malah lebih teruk jika dibandingkan daerah Baling di mana Anwar Ibrahim menjadi terkenal kerana menjadikan isu kebuluran yang berlaku di kawasan itu pada tahun 70an.

Kerajaan Parti Berjaya pada masa itu mengenal pasti bahawa Pitas merupakan kawasan miskin dan melalui penekanan program SAFODA iaitu penanaman kayu akasia secara besar-besaran dapat menjadi sumber pendapatan bagi penduduk di sana kerana kayu tersebut dapat ditebang dalam masa yang singkat. Selain itu, program penanaman getah secara meluas juga dijalankan. Tujuannya agar penduduknya cepat keluar daripada kemiskinan.

Disebabkan pembangunan tempat lain juga terus membangun, maka berasaskan peredaran masa keadaan kawasan Pitas dibandingkan kawasan lain tetap sahaja berbeza pada kadar tahap pembangunannya. Namun, Pitas bukan sedaif dahulu. Pitas telah tersedia apa yang tersedia di kawasan lain iaitu mempunyai bangunan sekolah, klinik kesihatan, jalan raya berturap malah bekalan air bersih luar bandar yang lebih baik berbanding daerah Kota Belud di mana bekalan air luar bandar di sana belum beroperasi secara penuh.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook