Latest News

Thursday 4 December 2014

PUNCA Laporan RCI Tidak Dibentang Di Dewan Rakyat Didedahkan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Laporan RCI dibentang esok . Kenapa bukan dalam Dewan... oleh FB Page Tulun Sabah (SCREENSHOT)

MENGAPA Laporan RCI tidak dibentang di Dewan Rakyat? Sebabnya, masalah RCI itu berkaitan dengan Sabah sahaja. Orang atau Rakyat Sabahlah yang sendiri perlu mengetahuinya terlebih dahulu.

Pakar-pakar Psikologi sudah mengkaji bahawa masalah orang Sabah hanya boleh diselesaikan oleh orang Sabah sendiri.

Laporan RCI yang dibaca oleh Ketua Setiausaha Negara di Kota Kinabalu pada Rabu lalu telah menjelaskan beberapa perkara dalam kandungan RCI tersebut.

Persoalannya, mengapa tidak dibahas di Dewan Rakyat? Laporan RCI itu seharusnya dibahas oleh pihak-pihak yang mendesak untuk diadakan sidang RCI khususnya Parti UPKO dan PBS. Ini kerana parti-parti itulah yang sendiri mendesak pengumuman RCI itu diadakan.

Jika dibahas di Dewan Rakyat, diperkirakan hanya wakil-wakil rakyat daripada Sabah sahaja yang boleh membahasnya. Sedangkan wakil rakyat daripada negeri-negeri lain, boleh juga membahas. Namun, tidak tahu bercakap dari mula hingga hujung pangkal. Akhirnya bahasan itu tidak ke mana-mana!

Kini, Sabah sudah mula bertindak melalui keputusan kabinet negeri bahawa diminta setiap pelaku/dalang kepada pemberian kad pengenalan secara haram perlu diambil tindakan dan di bawah ke muka pengadilan.

Mengatasi PATI perlu dilakukan sendiri oleh Kerajaan Sabah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan.


Ianya telahpun dibentuk iaitu bagi Pengerusi Isu Masalah Parti adalah Ketua Menteri Sabah bersama Menteri Dalam Negeri. Manakala Pengerusi Bertindak adalah Tan Sri Pairin Kitingan.

Maka, di hari yang akan datang jangan lagi persoalkan jika masih wujudnya PATI kerana semua urusannya dilakukan sendiri oleh segelintir orang Sabah yang tidak cintakan tanah air.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook